[Foto]Persis Pengantin Baru! Majlis ‘Anniversary’ Ke-50 Tarik Perhatian Ramai

Baru-baru ini tular di media sosial gambar pas4ngan suami isteri warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-50.  Menariknya, pas4ngan ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan berpakaian seperti pengantin baru! Gaya romantis dan kebahagiaan yang terpancar dari pas4ngan ini sewaktu majlis tersebut sempat diabadikan  dan dikongsi di laman sosial oleh jurugambar, Cpin Aidil.

BACA: Beli Patung Cukup Sifat Dari Sarawak, Akhirnya Ikut Balik Cari Tuan

Persis pengantin baru, pas4ngan romantis Haji Sani dan Hajah Mala turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan sebuah majlis yang meriah. Menambah kemeriahan suasana, pas4ngan ini juga turut diarak masuk ke dalam dewan dengan beca.

 

 

Pas4ngan ini  kelihatan cantik dan segak dengan busana songket berwarna ungu bersulamkan benang emas. Di wajah mereka jelas terpancar kebahagiaan. Hajah Mala turut mengenakan aksesori lengkap  serta sebuah  tiara bercorak flora di kepalanya. Ringkas tapi penuh dengan seri.

Melengkapkan lagi suasana ala raja sehari , sebuah singgahsana atau pelamin ringkas juga turut dipas4ng.

 

 

 

Lebih mengujakan, pas4ngan ini juga turut mengabadikan kenangan mereka dengan mengadakan outdoor photoshoot  berlatarkan kenderaan klasik berwarna kuning cair.

 

Netizen juga turut berasa kagum dengan pas4ngan suami isteri ini. Rata-rata memuji sikap mereka yang sporting dan sentiasa sweet walaupun sudah 50 tahun bersama sebagai suami isteri.

Sumber: Cpin Aidil

Apa Komen Anda?