[FOTO]Rumah Kampung Pink Curi Tumpuan, Jadi Unik Bila Dapur Pun Dah Rupa Bilik!

Sempena musim perayaan ini, mulalah orang berpusu-pusu nak hias rumah bagi menyambut hari raya. Pelbagai tema dan hiasan diubah suai mengikut citarasa masing-masing. Beberapa foto yang tular di Facebook baru-baru ini telah memaparkan hiasan sebuah rumah di kampung yang agak unik oleh seorang wanita ini. Semua ruangan di dalam rumahnya dihias bertemakan warna pink dan juga kartun Hello Kitty! 

BACA: Kalau Balik Beraya Kampung Sendiri, Jangan Biar Partner Terpinga Keseorangan

Ruang tamu 

Bilik tidur 

Jika hiasan ini dibuat pada bilik tidur dan ruang tamu saja boleh lagi dikira okey. Namun, ruang dapur juga rupanya mendapat sentuhan yang sama!

Hal itu nampaknya menjadi tumpuan netizen di ruangan komen yang bersenda bahawa dapur sebegini segan untuk memasak. 

Takde mood nak masak tengok dapur 

Ni memang harihari order Food Panda lah

Alah cutenya.. segan nak masak

Macam ni nak masak pun seronok

Bagi pemilik rumah ini, dia menyatakan bahawa terdapat banyak lagi ruang di dalam rumahnya yang tidak ditunjuk pada gambar. Ada yang menggemari tema hiasan rumahnya dan ada juga yang sebaliknya. Apa-apa pun, citarasa setiap orang adalah berbeza. 

Sumber: FB DeejayMida-Pinky, Rizal Hakim

Apa Komen Anda?