Viral

Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Sharing is caring!

Umum mengetahui, koronavirus atau Covid-19 telah menyebabkan seluruh dunia berada dalam keadaan huru-hara. Ramai pakar perubatan termasuk doktor dan jururawat telah dikerah untuk bekerja bagi memastikan mereka yang dijangkiti pulih sepenuhnya. Namun begitu, kesibukan mereka menyebabkan golongan ini langsung tidak mempunyai masa untuk kehidupan peribadi masing-masing. Sama seperti kisah wanita di China yang tular ini.

BACA: Langsung Tidak Diberikan Ubatan, Bayi Hidap Koronavirus Kini Pulih Sepenuhnya

Viral pakai sut hazmat bersama sekeping kertas

Merujuk portal Unilad, seorang jururawat bernama Tian Fangfang terkejut apabila mengetahui posting miliknya telah menjadi tumpuan ramai. Terdahulu, wanita berusia 30 tahun ini telah berkongsi sekeping gambarnya yang lengkap berpakaian sut hazmat sambil memegang sekeping kertas. 


Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Mahu seseorang yang tinggi

Wanita berusia 30 tahun tersebut menulis di kertas itu bahawa dia mahukan seorang teman lelaki sebagai ganjaran apabila koronavirus ini dapat dihentikan.  Tidak menyangka dirinya akan viral, Tian berseloroh kini seluruh negara China sudah tahu bahawa dia sedang mencari buah hati. Malahan, jururawat ini turut berkata bahawa dia mahukan seorang lelaki yang tinggi.

Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Fokus dengan kerjaya

Menerusi laman sosial Weibo, memang dia teringin untuk mempunyai seorang teman lelaki tetapi sekarang ini fokusnya adalah terhadap tugasnya sebagai seorang jururawat. Tian mahu membantu mereka yang dijangkiti koronavirus dengan merawat serta melawan wabak itu bersama-sama.


Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Sumber: Portal Unilad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam ‘Hadiah’ Teman Lelaki

Sharing is caring!