Gadis Panik Tak Datang Haid 3 Bulan, Sempat Merayu Minta Pil Gugur Pada Doktor

Gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja menjadi isu besar dan sukar dibendung lagi. Pengaruh media sosial, pergaulan bebas dan kurang didikan agama dalam kalangan remaja sendiri menjadi antara punca berlakunya masalah ini. Oleh kerana itu, keluarga merupakan antara pelindung utama dalam pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi buat golongan ini agar tidak terpengaruh dengan masalah sosial.

BACA : Gadis Kongsi Pengalaman Hitam, Boyfriend Sering Naik Tangan Sampai Berbekas

3 bulan tak datang haid, rupanya hamil anak luar nikah

Perkara ini turut dikongsi oleh seorang pemuda bernama Muhammad Hassan menerusi laman Facebooknya mengenai seorang gadis berusia 20 tahun yang disahkan hamil anak luar nikah. Kongsi Hassan, perkara itu diceritakan oleh seorang rakannya yang merupakan doktor di sebuah klinik kesihatan. Menurut doktor itu, gadis berkenaan datang ke kliniknya dengan wajah penuh kebingungan mengadu keresahan di hatinya mengenai kelewatan kedatangan haid. Mendengar luahkan remaja berkenaan, dia kemudian meminta gadis itu melakukan Urine Pregnency Test (UPT).

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Tolong gugurkan bayi ini, saya takut

Saat diberitahu berita kehamilan itu, gadis berkenaan merayu dengan meminta rakannya menggugurkan kandungannya. Jelasnya, perkara tersebut berlaku dek kerana kealpaannya yang terlalu mengikut nafsu remaja sehingga dia akhirnya terlanjur bersama teman lelakinya. Malangnya, lelaki berkenaan enggan bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut dan membuatkan gadis itu semakin runsing memikirkan nasib yang bakal menimpanya.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Didik mereka dengan rasa tanggungjawab & malu dalam diri

Dalam pada itu, Hassan sempat menitipkan pesanan buat para ibu dan bapa agar sentiasa mengawasi aktiviti-aktiviti anak-anak dan dekatkan mereka dengan ilmu keagamaan. Tambahnya lagi, didiklah anak-anak dengan sikap bertanggungjawab serta pandai dalam menjaga maruah diri. Hal ini kerana, telah menjadi tanggungjawab sebagai seorang lelaki dalam menjaga serta melindungi wanita yang bersifat lemah. Dia bagaimanapun berharap agar perkongsiaannya ini dapat memberi kesedaran serta membuat mata banyak pihak mengenai isu ini.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Muhammad Hassan

Advertisement

Apa Komen Anda?