Cinta Viral

Gadis Sebak Wang Simpanan Dikebas Ex, Siap Cakap Balasan Sebab Ditinggalkan?

Gadis Sebak Wang Simpanan Dikebas Ex, Siap Cakap Balasan Sebab Ditinggalkan?

Bekerja untuk mencari sumber rezeki bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih apabila mereka ada ‘hutang’ perlu dibayar, pastinya usaha yang lebih keras perlu dilakukan. Namun, apa agaknya perasaan apabila kita dah susah-susah kumpul wang, tapi orang lain pula yang merasa? Mungkin perasaan sedih itu sukar dibayangkan.

BACA: Gadai Motorsikal Datang Rumah Baim Wong, Wanita Nangis Buntu Tiada Wang Balik

Semalam saya pergi bank, saya check dalam akaun dah kosong…itu semua duit penat lelah bekerja

Hal sama juga turut terjadi kepada seorang gadis apabila hasil penat lelahnya bekerja dipercayai telah dikebas oleh bekas teman lelaki. Menerusi perkongsian Cikjenjenny di laman TikTok, pada asalnya dia telah pergi ke bank untuk check baki simpanan. Namun alangkah terkejut selepas mendapati tiada langsung wang yang tersisi.

Gadis Sebak Wang Simpanan Dikebas Ex, Siap Cakap Balasan Sebab Ditinggalkan?

Kami bertukar nombor telefon dan nombor lama saya tu ada TAC bank untuk online transfer

Katanya dengan penuh sebak, sebelum ini dia ada bercinta dengan seorang lelaki. Malah, mereka juga saling bertukar nombor telefon semata-mata ingin ‘menjaga’ simpanan tersebut. Disebabkan nombor lamanya ada akses untuk online transfer pada akaun bank, jejaka berkenaan mampu melakukan sebarang transaksi tanpa wanita itu sedari.

Gadis Sebak Wang Simpanan Dikebas Ex, Siap Cakap Balasan Sebab Ditinggalkan?

Semalam call kakak dia, ex ambil duit tu sebagai balasan Jenny tinggalkan dia

Pada masa sama, dia juga ada menghubungi kakak kepada lelaki berkenaan untuk bertanya akan hal itu. Namun siapa sangka, alasan dia mengambil duit tersebut seakan-akan balasan kepadanya kerana memutuskan hubungan mereka. Malah, si dia juga mengakui ada hak untuk menggunakannya oleh kerana telah habiskan banyak wang selama tempoh bercinta. Bagaimanapun, Jenny telahpun menyesali kesilapan lampau selain turut menasihati para wanita agar tidak mudah percaya kepada seseorang.

@cikjenny

Daripada malam tadi lagi aku nak nangis tapi takboleh nangis depan adik adik aku. Takboleh tunjuk sedih depan diorg. Tapi aku kena share benda ni kat kaum wanita supaya takterjadi dekat korang😔 Salam kosong acc bank, salam hari raya❤️

♬ original sound – Cikjenjenny – Cikjenjenny

Kredit: TikTok cikjenny

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gadis Sebak Wang Simpanan Dikebas Ex, Siap Cakap Balasan Sebab Ditinggalkan?

Facebook

Telegram