Viral

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Buat orang yang sudah menjalinkan hubungan percintaan, majlis pernikahan adalah detik yang paling ditunggu-tunggu. Perasaan teruja menunggu hari bahagia untuk bersatu itu terkadang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kata orang makin dekat majlis, makin besar ujian. Tapi siapa sangka, gadis ini pula gagal menyelamatkan perhubungannya sehinggakan terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya di saat akhir.


BACA: [VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

Sepatutnya bertunang Disember, kahwin awal tahun depan

Menerusi perkongsian di TikTok @senja2304, keluarga teman lelakinya ada datang untuk berjumpa orang tuanya pada penghujung tahun 2019 yang lalu untuk berbincang soal penyatuan mereka. Setelah perbincangan dilakukan, kedua-duanya bakal melangsungkan pertunangan pada Disember ini sebelum disatukan awal tahun 2021.


Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Tapi bakal mentua batalkan last minute, alasan tak dapat buat majlis mewah

Walau bagaimanapun, angan-angan kini cuma tinggal kenangan apabila bakal mentuanya membatalkan perancangan tersebut. Keputusan itu diambil setelah gadis berkenaan tidak mampu untuk mengadakan majlis mewah buat anak lelaki tunggal mereka mengikut tradisi keluarga. Bukan itu sahaja, hubungan cinta mereka juga terpaksa diputuskan atas desakan keluarga.


@senja2304

sesakit ini harus berperang sama hati 😔 #sadgirl #sadgirl🥀 #fypシ #tuhantolongjagadia

♬ original sound – Vanesya – Vanesya

Kalau macam tu lepaskan jelah lagi bagus. Dah nampak ciri-ciri yang tak baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan keluarga bakal mentuanya. Bahkan mereka agak pelik dengan tradisi berkenaan kerana selalunya, kos majlis kahwin akan menerima belanja yang besar dari pihak lelaki berbanding perempuan. Susulan itu, ramai mendoakan semoga wanita berkenaan berjumpa dengan calon yang lebih baik.

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Sumber: TikTok senja2304

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Facebook

Telegram