Dalam kepelbagaian cerita mengenai keputusan SPM pelajar Tingkatan 5 batch 2021, seorang gadis di TikTok ini sempat menarik perhatian ramai. Ia ekoran kata-kata ibunya di dalam kereta bahawa sekurang-kurangnya anak perempuannya itu bakal mempunyai suami di masa hadapan meskipun gagal meraih sebarang A dalam peperiksaan besar tersebut.
BACA : Trend Bangga Tayang SPM Berderet G Anggap Ada Rezeki Lain Jangan Normalize
Orang lain SPM sambung belajar, anak saya dapat lelaki…Walaupun takde A, yang penting dapat lelaki, kan?
Di sebalik penularan video itu beserta kecaman netizen, Shakiella Miezam akhirnya tampil berkongsikan kisah sebenar. Rupa-rupanya, dia belum lagi mengambil SPM dan akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun hadapan. Namun mengikut perancangan asal, gadis ini akui sudah mengikat tali pertunangan dengan bakal suaminya yang kini berusia 27 tahun.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@killamiezam05 😛😛😛😛😛ade i kesah
Saya sendiri rancang nak ikut suami bekerja jadi assistant prop
Mendedahkan dirinya sudah sedia untuk kahwin muda, dia masih belum membuat keputusan akhir sama ada bakal menyambung pelajaran ataupun tidak selepas tamat SPM tahun depan. Namun apa yang pasti, lelaki itu nampak benar-benar serius untuk membawa perhubungan mereka ke jinjang pelamin kerana terus ajak tunang sejak berkenalan hujung tahun lalu. Bahkan katanya, pasangan ini akan bernikah pada Oktober 2023.
https://www.tiktok.com/@killamiezam05/video/7107922584079043867?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
Ada atau tidak ada diploma serta ijazah, akan duduk dapur juga, kan?
Berkenaan pilihan hidupnya untuk berkahwin awal, gadis berusia 17 tahun ini mengambil ibunya sebagai contoh tauladan. Baginya sendiri, hal yang paling mustahak adalah restu daripada kedua-dua ibu bapa dalam persediaan mendirikan rumah tangga kelak.
https://www.tiktok.com/@killamiezam05/video/7110481548427676954?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
Kredit : TikTok killamiezam05 & Portal mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura