Viral

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Sharing is caring!

Sebut sahaja tentang percutian, pastinya perasaan gembira dan teruja yang dirasai. Malah bagaikan tak lengkap sesebuah percutian itu tanpa kehadiran kawan-kawan yang kelakar dan sekepala. Seperti rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengendali akaun Twitter @hsabrinax_ memaparkan aksi dua gadis di laut nyata menarik perhatian ramai.

BACA : [VIDEO] “Dok Rok Ce Tong..” – Awek Cina ‘Bantai’ Loghat Ganu Raih Pujian


Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Member punya berusaha taknak basah, sekali terlentang juga masuk laut

Rakaman berdurasi kurang daripada seminit itu memaparkan insiden melucukan dua sahabat ketika sedang seronok bercuti di sebuah pulau sambil menaiki jet ski. Menerusi klip video tersebut, kedua-dua mereka baru sahaja sampai ke pesisiran pantai sebelum salah seorang daripadanya berusaha bangun untuk turun. Namun dia yang seperti hilang pertimbangan itu akhirnya jatuh terlentang ke dalam laut.

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Allahuakbar Abe Azih jatuh bot..

Lebih menarik lagi apabila insiden tersebut turut dijadikan parodi seakan-akan video memaparkan gelagat seorang wartawan, Ishak Abdillah Ngah yang terkejut melihat sesuatu kejadian tidak disangka. Ketika membuat liputan perkembangan banjir di Terengganu, salah seorang jurukamera tersebut tiba-tiba jatuh ke dalam sungai selepas bot yang dinaikinya itu terbalik.


Jurukamera TV3 Jatuh Bot!…

Jurukamera TV3 Jatuh Bot!…Inilah pengorbanan seorang pengamal media demi melaporkan berita untuk negara.Seorang Jurukamera TV3, Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu.#TV3 #Jurukamera #Banjir #Terengganu

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, December 12, 2018

Aduh berdekah aku, A+ untuk audio tu..

Dikongsi sejak semalam, video parodi tersebut mendapat lebih 100 ribu tontonan daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka mengakui terhibur dengan klip video tersebut, lebih-lebih lagi apabila ia ditambahkan dengan ulasan yang tidak kurang lucunya.

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Gadis Terlentang Masuk Laut Masa Turun Jet Ski, Suara Latarnya Buat Ramai Dekah

Sumber : Twitter hsabrinax_ 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!