Hiburan

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Sharing is caring!

Program realiti Maharaja Lawak Mega 2019 telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan menyaksikan lima kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey, JBorn dan Rare bersaing untuk menghiburkan seluruh rakyat Malaysia. Detik bersejarah telah tercipta apabila kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man Raja Lawak diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM500,000 serta trofi MLM2019.


BACA: [VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey

Tak selesa masukkan isu viral dalam lawak

Selaku juara bertahan selama dua musim, Bocey tentu mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai prestasi mereka dalam Maharaja Lawak Mega 2019. Menerusi portal mStar, Abam menegaskan mereka sekumpulan bersepakat untuk tidak memilih sebarang isu viral untuk dijadikan sebagai bahan jenaka walaupun ia mudah ‘dihadam’ para penonton. Dedahnya lagi, elemen sedemikian dikhuatiri terguris hati mana-mana pihak yang berkaitan secara tidak langsung.


Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Sejujurnya kami tak gemar nak bermain sindir-menyindir dalam lawak. Biarlah tak kelakar, asalkan jangan ke arah itu

Dalam pada itu, Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah pula berkata mereka selesa untuk memilih lawak yang dicipta sendiri agar ia lebih relevan sepanjang masa tanpa mengira peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Bercerita lanjut mengenai pendekatan isu viral dalam sketsa lawak, penyanyi lagu berjudul ‘Yang Terindah’ ini beranggapan lawak sebegitu cepat dilupakan oleh masyarakat. Sebaliknya, mereka mahu masyarakat mengingati lawak original sekali gus menjadikan Bocey unik daripada pasukan lain.


Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral” Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut – “Tak Selesa Mainkan Isu Viral”

 Sumber: mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!