Family

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Sharing is caring!

Sejak kecil lagi, ibu dan ayah tidak pernah jemu menjaga anak mereka ‘bagai menatang minyak yang penuh’. Tetapi apabila meningkat dewasa, tugasan itu semestinya sudah diambil alih oleh anak-anak. Menjaga mereka yang tua bukannya hal mudah dan kadangkala boleh menguji kesabaran. Namun jika dilakukan dengan sepenuh hati, semua urusan akan dipermudahkan. Menerusi laporan Sinar Harian, nyata pengorbanan lelaki ini menjadi bukti kasih sayang tidak akan pernah pudar untuk bapanya.

BACA: Ibu Ayah Tak Bahagia Pun Dapat Duit Anak, Tapi Cubalah Makbulkan Hasrat Mereka


Penat balik kerja bukan alasan tolak permintaan bapa

Letih pulang dari bekerja bukannya satu alasan untuk tidak memenuhi permintaan orang tua sendiri. Mohd Farihan Ab Hamid mengakui bahawa ayahnya gemar makan di kedai malahan akan ‘meragam’ jika keinginannya tidak dipenuhi. Maka, dia menurutkan sahaja kehendak lelaki itu meskipun terpaksa menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk bergerak gara-gara tidak mampu untuk mengisi minyak kereta.

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

25 kali berpindah rumah, bersyukur ayah tak buat hal lagi

Lelaki yang berasal dari Jerteh, Besut itu turut mengakui bahawa sudah berpindah-randah rumah sebanyak 25 kali. Bukan sahaja disebabkan faktor kos rumah sewa yang mahal, malahan ayahnya juga berasa tidak selesa dengan kediaman mereka sebelum ini. Namun, Mohd Farihan bersyukur kerana bapanya sudah dapat menyesuaikan diri dengan kediaman mereka yang sekarang iaitu di Gong Pak Jin, Terengganu.


Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Lepas mak dah tinggalkan kami, kesihatan ayah semakin merosot

Bukan itu sahaja, Mohd Farihan mengatakan bahawa punca kesihatan ayahnya semakin merosot selepas ditimpa kayu ketika sedang membuat rumah. Tidak cukup dengan itu, kehilangan isteri tercinta iaitu Asnah Yusuf turut memberikan tamparan hebat kepada ayahnya.

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Gaji Tak Seberapa, Anak Tak Jemu Layan Permintaan Ayah Pergi Kedai Setiap Hari

Sumber: Portal Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini