Galak Dikucup Ketika Beraya, Lihat Perkara Menyedihkan Yang Jadi Pada Bayi Ini!

Anak-anak yang masih kecil khususnya bayi memang mempunyai ketahanan badan yang masih rendah. Oleh sebab itulah ibu bapa perlu melindungi mereka dengan rapi daripada persekitaran yang tidak dijamin kebersihannya. Namun kadang-kadang ia gagal dikawal sehingga memudaratkan bayi tersebut. Demikianlah nasib yang menimpa seorang bayi apabila kesihatannya terjejas selepas dikucup ramai tetamu ketika menyambut hari raya. 

Baca : Excited Nak Raya Di Rumah Anak, Malangnya Pak Cik OKU Ini Ditinggal Sendirian!

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibunya, Bella di Twitter.

Umur Aydeen ni tak sampai 30 hari.

Minta semua retweet jadi ramai boleh doakan yang terbaik untuk anak saya. Ada orang yang tak bertanggungjawab pergi kucup dia masa raya. Sekarang dia tak sihat. Kena ambil rawatan susulan. Bertabahlah Muhd Aydeen Fateh!

Ternyata apa yang menimpa bayi bernama Aydeen ini agak serius apabila air tulang belakangnya terpaksa diambil untuk rawatan susulan.

Suhu 39. Kalau bayi bawah 3 bulan, demam pun kene pergi cek. Dari situ tahu ada yang tak kena sebab ahli keluarga pun, takde yang demam. Mungkin terkena meningitis. Harapnya tak la.

Mujur sahaja apa yang dialaminya tidak berlarutan dan menurut Bella, kesihatan anaknya semakin beransur pulih dari hari ke hari.

Suhu dah turun…Alhamdulillah berkat doa semua…

 

Dalam pada itu, netizen sempat berkongsikan pendapat dan pengalaman masing-masing dalam menghadapi masalah yang hampir sama.

Ni sebab i takut sangat orang kucup anak…Raya pun simpan dalam bilik

Elakkan la dekat dengan baby kalau ada demam atau selesema

Cubit pipi pun dah cuak takut mak dia marah, inikan pula kucup

Sumber : Twitter Bellaruddin

Apa Komen Anda?