Istilah ‘rezeki terpijak’ sering diberikan kepada seseorang yang tiba-tiba menjadi senang walhal hidup mereka agak daif sebelum ini. Persis kisah seorang model lelaki di bawah, siapa sangka kehidupannya berubah sekelip mata hanya disebabkan oleh sekeping gambar ketika dirinya sedang bekerja di sebuah warung kecil.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Jurugambar bebas terpegun lihat kekacakan wajah Arshad
Mengimbau semula kisah 2016 lalu ini, seorang jurugambar bebas bernama Jiah Ali yang ketika itu sedang berjalan di kota terletak di negara Asia Selatan ibarat terpukau melihat rupa paras Arshad. Dengan keindahan mata berona hijau persis wajah tipikal seorang model, Jiah mula menangkap gambar pemuda itu membancuh teh lalu memuat naiknya ke media sosial.
Gambar jadi sensasi internet dalam hanya 1 malam…Terima tawaran modelling
Hanya dalam 1 malam, foto Arshad menjadi ‘sensasi internet’ di mana masyarakat seluruh dunia turut memuji ketampanannya. Semenjak itu, dia menerima banyak peluang modelling sekali gus mencipta nama sebagai Arshad Chaiwala dan kini mempunyai beberapa cawangan cafe sendiri.
Beryukur dapat ubah hidup & bantu keluarga
Jika dahulu dia cuma bekerja sebagai pembancuh teh dengan gaji sekitar RM10 sehari, kini anak ketiga daripada 11 beradik itu bersyukur dapat membiayai kehidupan keluarganya. Bercakap mengenai perbandingan dahulu dan sekarang, Arshad akui dia perlu lebih menjaga penampilan walau di mana dia berada kerana banyak ‘mata’ akan menumpukan perhatian kepadanya.
Kredit : FB Back 2 Basic Podcast, Portal Indulge
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
