Viral

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Sharing is caring!

Minggu lalu, sekeping foto sekumpulan wanita Melayu sekitar 1960-an manis berkebaya dan berkain batik sambil menjinjit beg pakaian masing-masing telah tular di Twitter.  Difahamkan foto tersebut diambil di sebuah Maktab Perguruan Melayu Melaka  (MWTC) yang dibuka secara rasmi pada tahun 1935.

BACA : Murid ‘Kantoi’ Berniaga, Cikgu Ini Tak Marah Sebaliknya Beri Teguran Padu

Rasa tak percaya, sebab itu peristiwa 60 tahun lepas

Terbaharu menerusi laporan portal Gempak, salah seorang daripada tiga wanita berkenaan bernama Datin Zainoriah Abdul Rahim tampil berkongsi kenangan lalu. Menurut Datin Zainoriah, momen itu dirakam oleh jurugambar daripada akhbar tempatan ketika kesemua mereka sedang menunggu dijemput saudara di sebuah perhentian bas untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.


Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Dulu tak ada isu pakaian atau cakap-cakap liar..

Beliau yang kini berumur 79 tahun mengakui terkejut selepas dimaklumkan bahawa foto dirinya bersama dua lagi rakan disiarkan dalam sebuah akhbar tular kembali. Tambahnya lagi, pakaian sebegitu normal ketika awal kariernya sebagai seorang pendidik. Malah rata-rata netizen mengagumi dengan kecantikan dan tubuh langsing guru wanita berkenaan yang mengenakan busana kebaya selain fesyen dandanan rambut.

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun


Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Tak salah pun cikgu pakai baju kebaya..

Mengakhiri posting tersebut, Datin Zainoriah yang kini menetap di Taman Tun Dr. Ismail sempat memberi pendapat bahawa para guru kini perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan senario semasa. Malahan perkembangan teknologi serta peredaran zaman yang mengubah lanskap pendidikan dan ideologi pelajar masa kini juga perlu dipertimbangkan.

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Gambar Klasik Menawan Berkebaya Viral Semula, Ini Rupa Cikgunya Lepas 60 Tahun

Sumber : Twitter Haziq_Escobar, Gempak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini