Viral Artis Fakta

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

“Dah ambil orang punya, duduk diam-diam”. Ungkapan tegas yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah Liyana di perkarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tempoh hari masih lagi melekat di fikiran ramai netizen. Tuntutan saman sudah pun difailkan ke atas pihak Ira Kazar di atas gangguan serta provokasi yang selama ini dilakukan tanpa henti. Pun begitu, status rumah tangga pelakon itu dan suaminya masih menjadi tanda tanya.

BACA : Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini Puteri Sarah

Bayangkan masuk penjara sebab kacau pernikahan orang, berbaloi ke?…Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke depan

Kelantangan Sarah yang berani menuntut keadilan ternyata mencetuskan inspirasi terutamanya buat para isteri teraniaya di luar sana. Di samping itu, seorang peguam syarie bernama Cik/Puan Atikah sempat berkongsikan pandangan serta fakta mengenai isu-isu gangguan orang ketiga dalam rumah tangga. Rupa-rupanya, perbuatan mengacau pernikahan orang merupakan sebuah jenayah syariah di mana si pelaku yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman berat.

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

Jangan rosakkan diri untuk keseronakan sementara…Jangan aniaya orang tambah lagi sesama gender

Dengan sistem di Mahkamah Syariah yang sudah semakin tegas, dapatlah disimpulkan bahawa kesalahan sebagai pengacau rumah tangga orang bukanlah benda kecil. Justeru itu, beliau memberikan pesanan supaya sesiapa yang bergelar pihak ketiga tidak menggadaikan diri mereka untuk ‘kesedapan’ yang sementara. Tambahan lagi selaku sesama perempuan, sepatutnya seseorang itu akan lebih memahami.

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

Harapan saya moga pendakwa dapat memenjarakan pihak ketiga jika terbukti bersalah

Semoga keadilan berpihak kepada Puteri Sarah, Peguam Syarie Atikah turut menyuarakan harapan agar si pelaku dikenakan hukuman penjara yang setimpal sekiranya terbukti bersalah di akhir perbicaraan nanti. Perkongsian daripada beliau kemudian turut dikongsikan semula oleh wanita tabah berkenaan di IG Storynya.

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

Kredit : IG Puteri Sarah Liyana & Peguam Syarie Atikah

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Gangguan Pihak Ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Masuk Penjara Berbaloi Ke?”-Peguam

Facebook

Telegram

Facemask For Kids