Gara-Gara Cemburu, Kanak-Kanak 7 Tahun Dikasari Rakan Hingga Tidak Bernyawa

Belum lagi reda dengan satu kisah mencederakan rakan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah sehingga melecur disimbah air panas, timbul lagi satu kejadian baru yang mana telah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Tragedi yang berlaku di sebuah pusat tahfiz di Lanchang tersebut rupanya berpunca dari perasaan cemburu pelajar lain, yang mana kesemua mereka berusia 13 tahun.

BACA: Berkali-Kali Ucap Maaf, Budak Tahfiz Ini Dipuji Tegur Aurat Wanita Cara Baik

Ditemui dalam keadaan lemah oleh warden

Mohammad Aimin Nurul Amin yang baru sahaja mendaftar di maahad berkenaan pada Oktober lalu ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang warden wanita. Kanak-kanak itu disahkan tidak bernyawa oleh pegawai perubatan yang bertugas setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan. Pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati tubuh badannya mempunyai kesan lebam akibat dicederakan. 

Kredit Foto: Harian Metro
Kredit Foto:  Harian Metro

Sangat manja serta rapat dengan tenaga pengajar

Susulan kejadian berkenaan, tiga orang suspek yang juga rakan serta abang tiri kanak-kanak itu ditahan polis untuk siasatan lanjut. Menurut laporan Harian Metro, tragedi tersebut berlaku dek kerana cemburu melihat si kecil itu rapat serta sangat mesra dengan kedua guru serta warden. 

Maahad beroperasi tanpa lesen, diarah tutup

Kanak-kanak tersebut dihantar ke pusat tahfiz berkenaan atas alasan untuk belajar agama selepas berhenti sekolah berikutan prestasi pembelajaran yang tidak memuaskan. Maahad itu dipercayai beroperasi tanpa lesen Januari lalu dan hanya mempunyai empat orang pelajar termasuk adik Muhammad Aimin. Berikutan kejadian tersebut, pusat tahfiz tersebut diarah tutup serta merta. 

Sumber: Harian Metro 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?