Gara-Gara Kesalahan Khianat, ‘Abang Botak’ Terpaksa Beraya Dalam Penjara!

Beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan oleh orang ramai tentang sebuah rakaman video yang memeperlihatkan seorang penunggang motosikal yang telah bertindak untuk menghentak cermin sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar miliknya sehingga retak. Perbuatannya itu telah menjejaskan nama dan maruah keluarga apabila orang ramai telah berjaya mendapatkan maklumat peribadi termasuklah nombor kad pengenalannya dan dia telah ditahan pada 30 Mei oleh pihak berkuasa.

BACA: [VIDEO] Bagi Sindiran Padu Kepada TNB, ‘Abam Botak’ TV3 Buat Ramai Berdekah!

Terbaru, lelaki yang bertugas sebagai pembantu stor itu disahkan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di sebalik tirai besi. Tertuduh, Danial Abdullah Tan yang berusia 31 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula hari ini atas kesalahan khianat memecahkan cermin sebuah kereta dengan sengaja.

‘Abang botak’ mengaku lakukan khianat terhadap pemandu Perodua Alza..

Apabila ditanya sebab mengapa dia melakukan perkara itu, Danial menyatakan yang pemandu tersebut telah hampir melanggarnya sebanyak 2 kali dan situasi itu telah memaksanya untuk menghimpit semula kereta berkenaan.

Dia tunjuk jari & itulah yang menyebabkan saya bertindak sebegitu…

Walaupun kesalahan tersebut adalah tindakan spontan daripada Danial, namun pihak mahkamah menjatuhkan denda tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Kejadian seperti ini selalu terjadi…hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan

Kredit foto: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Apa Komen Anda?