Viral Hiburan

Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ yang pernah popular sekitar tahun 2016 kini kembali dengan musim kedua. Meskipun tak semua barisan pelakon dikekalkan, musim kali ini tetap mendapat sambutan hangat daripada para peminat. Baru menjejaki episod 10 drama berkenaan, aktres Jasmin Hamid menerima mesej yang kurang menyenangkan daripada peminat drama tersebut pula dalam DM Instagram miliknya.


BACA: [VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

Nak pecah-belahkan keluarga Pak Samad kerana perasaan amarah

Dalam musim kali ini, pelakon berkenaan menggantikan Zila Bakarin melakonkan watak ibu kepada Mia iaitu Puan Hayati. Ramai penonton naik geram dengan karakter antagonis ini kerana ingin memecah-belahkan keluarga Pak Samad. Hal ini kerana, rumah tangganya runtuh disebabkan Pak Samad membongkarkan rahsia perselingkuhannya.


View this post on Instagram

Puan Hayati berdendam dengan Pak Samad rupanya sebab dia dulu diceraikan papa Mia sebab Pak Samad bagitahu yang dia curang dengan jantan lain. Eh, salah sendiri nak salahkan orang lain pulak! 😏 Jadi sekarang dia nak buat nampak yang Pak Samad pulak curang dengan Mak Leha. 😤 Geram jek tengok dia jerit panggil Mia lepastu tarik Pak Samad tu. 😡 . Malam ini #Episod11 7 HARI MENCINTAIKU 2 33 EPISOD Isnin – Jumaat 7 Malam Slot Akasia @tv3malaysia Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail . Dibintangi: @shukriyahaya @sallywho @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @jajailiyes_ @fayekusairi @lizza_abdullah @kazar35 @bilazali @dhia_ly @puterirafasya1 @seanlje @jasminhamidjh @shaharuddinthamby @_anneabdullah08 @razzuanrosli @syaffiqsahli . Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd 🎵 #AkuBidadariSyurgamu : @ctdk . #7HariMencintaiku2 #AkasiaTV3 #SlotAkasia #7HariMencintaiku #DramaSangat #khuzairi #miaadriana #ShukriYahaya #SitiSaleha #syazwanzulkifly #fayekusairi #syakilla #makleha #ctdk #wansharmila #remyishak #zulariffin #wawazainal #wawacosmetics #sobella #emmamaembong #mirafilzah #neelofa #jannanick #dramaadaptasinovel #kitabaikramaisayang #artismalaysia #covid19

A post shared by 7 HARI MENCINTAIKU 2 ❤️ (@7harimencintaiku._2) on

Terima ugutan dalam DM, mohon orang ramai jadi penonton yang bijak

Melalui posting di Instagram milik Jasmin Hamid, dia mendedahkan screenshot ugutan yang diterimanya. Mengulas lanjut mengenai kecaman terbabit, aktres berusia 47 tahun berkenaan berasa kesal kerana ada individu yang bagaikan terlalu bencikan watak Puan Hayati hingga sanggup memberikan ugutan sebegitu. Oleh itu, dia menasihatkan orang ramai supaya menjadi penonton yang bijak dan tahu membezakan antara lakonan dan realiti.


Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Nak kecam, lakukan pada watak bukannya terhadap pelakon

Jasmin turut memberikan pesanan kepada orang ramai supaya mengambil iktibar daripada karakter antagonis itu. Selain itu, para peminat juga turut diingatkan untuk hanya mengecam watak bukannya pelakon sekali kerana isu ini boleh dibawa ke pihak berkuasa jika berterusan.

Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Sumber: IG Jasmin Hamid

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Facebook

Telegram