Gara-Gara Lambat Reply Mesej Bos Luar Waktu Kerja, Pekerja Dipecat Serta Merta

Kalau di Malaysia, Akta Kerja 1955 telah menetapkan staf tidak boleh diarahkan untuk bekerja lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang dari 30 minit atau lebih dari 8 jam sehari. Jika staf bekerja melebihi jangka masa tersebut, majikan boleh dikenakan tindakan. Namun berbeza pula di China apabila seorang wanita telah dipecat serta merta selepas lambat membalas mesej yang dikirim oleh majikannya meskipun sudah tamat waktu kerja. 

BACA: Angkat Beg Bukan Kerja Kami- Pramugari Jelas Tanggungjawab Sebenar

Lambat balas 10 minit terus diberhentikan

Advertisement

Kejadian yang berlaku di daerah Zhejiang, China itu melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Wang. Pada waktu berkenaan, dia sedang tidur nyenyak sehingga tidak menyedari mesej yang masuk ke dalam satu group Wechat. 10 minit selepas menyedari mesej itu, barulah dia bertindak membalasnya. Siapa menduga tindakan tersebut telah mengakibatkan wanita itu yang juga pengurus sebuah stor minuman diberhentikan kerja serta merta sekali gus kehilangan sumber pendapatan.

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Syarikat enggan bayar gaji terakhir

Dia yang tidak menyedari tentang perkara tersebut datang ke tempat kerja seperti biasa sebelum dimaklumkan dirinya sudah dipecat. Malah pihak syarikat juga enggan membayar gaji terakhir yang sepatutnya diterima sebelum dia bertindak membuat aduan di pejabat buruh. Sebenarnya, kejadian hampir sama juga pernah berlaku di Hunan apabila seorang pekerja diberhentikan setelah silap menghantar emoji sewaktu membalas mesej yang telah dikirim oleh majikannya menerusi aplikasi sama. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Era & South China Morning Post

Apa Komen Anda?