Inspirasi Kesihatan

Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan

Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan

Sharing is caring!

Dunia ketika ini sedang dalam situasi panik apabila penularan wabak COVID-19 dilihat semakin meluas. Baru-baru ini WHO juga telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai pandemik apabila jumlah kumulatif positif dilihat semakin mendadak. Namun ketika negara-negara Asia Tenggara sedang bergelut memeranginya, Vietnam tampil dengan satu inovasi baru yang dapat membantu mengurangkan impak penularan wabak tersebut.

Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake

BACA : Langkah Cegah Yang Ketat, Kini China Berjaya Turunkan Jumlah Jangkitan Mendadak


Menggunakan larutan garam terionisasi

Menurut portal TipsMake, Vietnam telah menghasilkan bilik steril bergerak. Inovasi yang direka oleh Kementerian Kesihatan Vietnam dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Hanoi itu menggunakan larutan garam terionisasi dalam bentuk semburan ke seluruh badan manusia. Bahan pencuci tersebut juga dihasilkan khusus untuk mematikan bakteria dan virus tanpa menjejaskan kawasan kulit sensitif.

Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake
Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake

Boleh dibuka dan dipasang semula

Bilik steril bergerak berkenaan juga mampu menampung kapasiti sehingga 1000 individu sehari. Proses semburan yang hanya memakan masa selama 15-20 saat bagi satu sesi itu boleh menghapuskan lebih  90% bakteria dan virus yang ada pada permukaan badan dan pakaian. Malah bilik tersebut juga direka agar ia boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah. Hal ini bagi membolehkan ia dipindah ke lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Walau bagaimanapun, inovasi tersebut masih dalam tahap percubaan dan hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja seperti klinik dan sekolah di sekitar Hanoi.


Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake
Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake
Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan
Kredit foto : TipsMake

Sumber : TipsMake

 

 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan

Sharing is caring!