Gara-Gara Sokong Kakak Ipar, Da’i Farhan Block Dan Unfriend Adik Sendiri

Kemelut rumah tangga yang melanda Da’i Farhan telah pun sampai ke kemuncak apabila isteri pertamanya telah mengesahkan dakwaan mereka akan berpisah.  Semalam, lelaki berusia 39 tahun tersebut dikatakan telah menjatuhkan talak satu terhadap Fatin Nurul Ain menerusi satu pesanan suara. Terbaru, pendedahan yang dibuat oleh adik kandung pendakwah berkenaan turut mengejutkan ramai pihak. 

BACA: Amat Malang Bagi Saya Terima Tuduhan Nusyuz;-Isteri Pertama Dai Farhan

Saya di ‘block‘ & ‘unfriend‘ oleh abang sendiri

Advertisement

Menjengah ke posting yang telah dimaksudkan, Nik Fatma Amirah ternyata sangat kecewa dengan tindakan abangnya yang disifatkan tidak bertanggungjawab. Malah dirinya turut terkilan setelah lelaki berkenaan menyekat akaun media sosial miliknya gara-gara sering menyatakan tanda sokongan terhadap kakak iparnya. 

Advertisement

Ingat apa yang mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana

Semenjak tercetusnya kontroversi itu lagi, wanita tersebut sering menemani Fatin bagi memberikan sokongan moral dan juga emosi. Lebih-lebih lagi apabila dia sedang sarat hamil zuriat kedua mereka. Walaupun perit untuk ditelan, namun isteri pendakwah itu dikatakan kuat menghadapinya. Nik Fatma juga sempat menegur abangnya agar kembali semula ke pangkuan keluarga dan memperbetulkan segala situasi ini. 

Advertisement

Hati tersentuh bila melibatkan isteri dan ibu yang teraniaya

Rata-rata netizen pula kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang sanggup membelakangkan keluarganya, termasuklah ibu sendiri. Dalam pada itu, ada juga yang dilihat memuji pendirian adiknya kerana tetap memilih untuk berada di pihak yang benar. 

Advertisement

Sumber: Facebook Nik Fatma Amirah 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?