Gara-Gara Talak, Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif!

Akhirnya pasti, talak yang dijatuhkan kepada Ain ‘Afini telah diputuskan oleh pihak mahkamah petang semalam apabila PU Abu tampil semula membuat kenyataan tambahan kerana tidak menyatakannya pada perbicaraan pertama yang berlangsung pagi semalam. Menginjau pada laman Instagram milik Ain Afini baru-baru ini, semalam juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-23 tahun. 

BACA: Sempat Patah Balik Mahkamah, PU Abu Sah Gugurkan Talak 2 Kepada Ain Afini!

Alhamdulillah.. menginjak usia 23 tahun, berkuranglah hidup di bumi ni 

Hari jadi sepatutnya disambut baik dengan perasaan gembira oleh semua orang. Namun lain pula dengan apa yang terpaksa dihadapi wanita berusia 23 tahun ini. 

Terbaru, Ain Afini juga sempat mendedahkan tentang keadaan kandungannya yang dikhabarkan tidak berapa baik menerusi sebuah laporan portal hiburan. 

Doktor kata bayi saya tidak aktif

Gara-gara kontorversi yang berlaku, ianya sedikit sebanyak telah menjejaskan emosi Ain sehingga memberi kesan pada kandungannya. Doktor juga berpesan supaya dia memperbanyakkan berehat dan juga tidak terlalu tertekan. 

Berhubung isu percera1annya dengan PU Abu, wanita ini percaya ada hikmah yang lebih baik berlaku kepadanya di kemudian hari. 

Enggan kembali bersama dengan PU Abu, Ain menyatakan dia kini kuat kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarganya. 

Sumber: MHETV

Apa Komen Anda?