Isu Semasa Viral

Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Sharing is caring!

Umum mengetahui wabak koronavirus atau Covid-19 masih lagi menjadi ketakutan orang ramai di seluruh dunia, terutamanya mereka yang berada di China. Sehingga hari ini, ramai telah kehilangan nyawa disebabkan jangkitan yang semakin menular itu. Oleh kerana vaksin bagi virus itu masih lagi dalam kajian, orang ramai telah mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan diri mereka tidak dijangkiti.

BACA: [FOTO] Pembersihan Giat Dijalankan, Pastikan Tren Selamat &  Bebas Dari Korona


Pakai kostum zirafah ke pusat perubatan

Merujuk portal Daily Mail, seorang wanita China telah menjadi tumpuan orang ramai apabila dia dilihat berada di sebuah pusat perubatan dengan memakai kostum zirafah. Menurutnya, dia mengenakan kostum itu kerana mahu melindungi dirinya daripada dijangkiti Covid-19.

Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak KoronaGara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Topeng muka kehabisan stok

Perempuan dikenali sebagai He itu berkata, dia ke pusat perubatan tersebut untuk mengambil bekalan ubat bapanya. Tambah wanita itu lagi, dia membeli kostum tersebut secara atas talian dan terpaksa memakainya memandangkan topeng muka yang dijual telah kehabisan stok. 


Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Paling sihat dalam keluarga

Berdasarkan portal tersebut, wanita itu memberitahu bahawa hanya dia seorang sahaja yang paling sihat di dalam keluarganya. Oleh sebab itu, perempuan itu rela memikul tanggungjawab membeli barangan dapur dan tugasan lain untuk keluarganya. He juga berkata dia melakukannya kerana tidak mahu kedua-dua ibu bapanya dijangkiti virus itu.

Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Sumber: Daily Mail


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gara-Gara Topeng Muka Kehabisan Stok, Wanita Sarung Kostum Zirafah Elak Korona

Sharing is caring!