Beberapa bulan lalu, hangat di laman media sosial tentang penangan aplikasi yang boleh menukar wajah. Selain daripada wajah tua mahupun kanak-kanak, para pengguna turut boleh melihat wajah berbeza daripada jantina asal masing-masing. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah mengenai seorang lelaki ini apabila dia dipuji cantik gara-gara menjadi ‘model segera’. Malahan posting tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 1,000 retweets setakat ini.
BACA:Â Tayang Sisi Lembut Jadi MakeUp Artist, Aksi Spontan Aaron Aziz Lawak Habis!
Jangan lah jatuh hati sebab yang pakai tudung ni lelaki
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
“Kenapa lawa sangat? Elok tutup jela akaun ni”
Hanya kerana nampak cantik memakai shawl, pemuda bernama Muhammad Amirul Fikry ini menjadi bualan ramai di laman sosial terbabit. Malah disebabkan itu juga, ramai netizen wanita yang tidak senang duduk atau insecure dengan foto terbabit sehingga ada yang menyarankan agar dia menutup akaun tersebut!
Sewaktu dihubungi oleh pihak Erin Sakura, jurutatarias yang mesra dipanggil Amirul Hadeed ini memaklumkan bahawa foto tersebut telah diambil pada tahun lalu. Namun dia sengaja memuat naik gambar tersebut di ruangan komen sebuah tweet yang memaparkan seorang lelaki memakai tudung dan tidak sangka ianya boleh menjadi viral.
Pada hari tersebut, saya pergi ke sebuah butik tempat kerja kawan saya (Farhana Daud) untuk makan bersama disebabkan kami dah lama tak berjumpa. Waktu itu dia bekerja sebagai penjahit manik sementara, manakala pemilik butik tersebut juga merupakan kenalan saya sewaktu jadi model jubah untuk beliau beberapa tahun lalu.
Masa saya sampai, mereka sedang bersiap untuk sebuah sesi fotografi bagi satu jenama tudung serta baju baru keluaran pemilik butik tersebut tapi modelnya datang agak lewat. Awalnya mereka berdua bergurau suruh saya pakai tudung sekadar untuk melambatkan masa sementara tunggu model tersebut. Apabila Farhana selesai makeup dan pakaikan tudung untuk saya, kami sendiri pun tak sangka bahawa foto yang terhasil daripada sekadar gurauan itu menjadi sangat cantik!

Bercerita lanjut mengenai posting terbabit, Amirul Hadeed berkata dia hanya terhibur sahaja melihatkan pelbagai reaksi lucu diberikan oleh netizen. Namun begitu, dia tetap menasihati orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan wajah serta tubuh seadanya kerana itu adalah pemberian tak ternilai daripada Yang Maha Esa.
Siapa pun diri atau bagaimana pun rupa kita, perlu sentiasa bersyukur kerana setiap individu itu memiliki kecantikkan tersendiri. Dan yang paling penting, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain kerana perkara itu takkan pernah memuaskan mata serta kemahuan kita. Yakinlah dengan diri sendiri.
Sumber: Twitter amirulhadeed
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura