“Garu Kepala Tanggung Rugi..” – Tuan Rumah Kesal Sikap Penyewa Dari ‘Neraka’

Pusing kepala seorang lelaki ini apabila mengenangkan rumah yang disewakan bertukar rupa hampir seratus peratus. Semua ini gara-gara si penyewa yang telah merosakkan dan mengotorkan rumah tersebut, hinggakan tiada ruang untuk menapak. Seorang pengguna Facebook, Hang Dhamin telah berkongsi kisahnya yang berusaha untuk memulihkan kembali keadaan rumah sewanya yang telah rosak dan kotor. 

 

BACA: Mekap Bukan Main Lawa Tapi .. Pemilik Kecewa Rumah Sewa Jadi Tongkang Pecah

Sebelum ni tengok orang lain yang viral, sekali diri sendiri yang kena

Bila difikir-fikirkan memang tak logik tapi itulah hakikatnya, musnah rumah yang disewakan. Proses untuk mendapatkan kunci rumah dari penyewa juga bukan mudah, sehingga terpaksa melibatkan laporan polis dan juga campur tangan peguam. Namun apabila tuan rumah berjaya membuka pintu rumah, ini pula hasil yang diperolehnya. 

 

‘Penyewa dari neraka’, sikit lagi sampah nak cecah siling rumah.

Entah buat apa penyewa rumah ni menyimpan sebegitu banyak sampah di dalam rumah tersebut, boleh dikatakan macam-macam barang terbuang ada. Urusan untuk membersihkan rumah tersebut juga bukan mudah sehingga perlu tenaga kerja tambahan selain menelan perbelanjaan kos yang agak tinggi. 

Gila, ada juga manusia macam ni…hidup dalam sampah

Tuan rumah berkenaan mengambil keputusan untuk mendapatkan balik rumah sewanya setelah penyewa gagal membayar sewa rumah yang sudah berbulan-bulan tertangguh. Menurutnya, usaha untuk membersihkan rumah sewa tersebut masih lagi berjalan dan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan seperti sediakala. Rata-rata ramai yang bersimpati dengan nasib tuan rumah akibat bertemu dengan ‘Penyewa dari Neraka’ ini.

Sumber: Facebook Hang Dhamin 

Apa Komen Anda?