Gelabah Pertama Kali Hendak Melahirkan Anak, Wanita Ini Kongsi Tips Berguna

Saat-saat menantikan kelahiran anak adalah satu detik terindah bagi para ibu. Anak yang dikandung dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari bakal keluar melihat dunia. Bagi si ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, pastinya kurang mengetahui tentang keperluan membuat persediaan bagi melancarkan proses tersebut. Oleh yang demikian, seorang wanita telah pun berkongsi beberapa tips mengenainya di laman Twitter. 

BACA: Walau Pernah Alami Keguguran, Ika Nabella Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Mudahkan kerja nurse dan doktor 

Perkongsian berguna tersebut dikongsi oleh Athira Halim yang bertugas sebagai seorang doktor pelatih di sebuah pusat perubatan. Para ibu disaran menyediakan baju bayi yang tidak mempunyai banyak butang untuk menyenangkan  serta lampin pakai buang. Selain itu juga, wanita mengandung yang sudah hampir dengan tarikh bersalin seeloknya ‘membersihkan’ bahagian ‘miss V ‘ bagi memudahkan ia dijahit selepas melahirkan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Amalkan konsep redha nak kena ‘seluk’

Doktor tersebut turut menasihatkan wanita yang bakal melahirkan supaya bertindak dengan lebih tenang terutamanya sewaktu proses cek bukaan rahim. Suasana yang tenang bakal memudahkan si ibu serta doktor yang bertugas. 

Gambar Sekadar Hiasan

Nak teran suara jangan keluar, nanti penat habis kat anak tekak je

Ibu-ibu yang pertama kali berada dalam situasi seperti ini sudah pasti akan mula panik. Namun begitu, sebaik-baiknya cuba untuk dengar arahan yang diberikan oleh jururawat bagi memberi kelancaran sewaktu meneran bayi.  

Gambar Sekadar Hiasan

Tak payah kot ambik pati ni semua

Pegawai perubatan ini turut menasihatkan ibu yang telah melahirkan secara c-section (operation) untuk tidak terlalu bergantung pada pati ikan haruan. Seeloknya biarkan ia sembuh secara semula jadi. Sumber protein juga tidak hanya terdapat pada pati ikan haruan malah ianya boleh didapati dari ayam serta jenis ikan yang lain. 

Kalau tak merancang, tahun ni beranak tahun depan muka yang sama lagi

Bukan itu sahaja, seusai melahirkan adalah lebih baik jika suami dan isteri merancang untuk kehamilan yang seterusnya. Ini bagi memastikan si ibu mendapat kesembuhan secara ‘total‘.

Sumber: Twitter Athira Halim

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?