Inspirasi Family

Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Sejak Ria Ricis selamat diijab kabul dengan lelaki pilihannya pada 15 November lalu, pasangan ini dilihat sering memuat naik video berhibur bersama di akaun media sosialnya. Namun siapa sangka pada ketika mereka mula bahagia dalam fasa alam perkahwinan itu, ada ahli keluarga mula menyedari beberapa perubahan yang berlaku.


BACA: Akui Pernah Takut Nak Kahwin Muda, Sofea Tidak Jealous Dengan Peminat Haqiem

Ria selalu sangat SMS saya…Selalu Whatsapp untuk bagitahu perkara kecil sekalipun

Melihat salah seorang adik kesayangan kini bahagia di samping lelaki tercinta, pendakwah terkenal dari Indonesia dikenali dengan sebagai Ustazah Oki akui merindui Ria Ricis yang sebelum ini banyak berkongsi cerita dengannya. Sejak bersuami, YouTuber terkenal tersebut dikatakan sudah jarang membalas Whatsapp.


Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Sebab saya sendiri jarang tengok telefon…Lepas nikah saya banyak deep talk dengan suami

Melihat mata kakaknya sudah bergenang dengan air mata, pelakon wanita itu menerangkan kepada Ustazah Oki bahawa selepas sahaja mendirikan rumah tangga, dia banyak berkongsi cerita kepada si suaminya. Berkenaan dengan isu tidak aktif di Whatsapp pula, isteri Teuku Ryan akui dia jarang memegang telefon bimbit.


Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Sekarang Ria lebih cerewet…Walaupun cuma sebab saya tak tutup almari

Berborak mengenai perubahan itu lagi, suaminya sendiri pula sempat berseloroh adik perempuan Ustazah Oki itu semakin cerewet selepas menjadi isterinya. Mengetahui Ryan sering menelefon ibu bapanya, Ustazah Oki menjadi jealous kerana adiknya jarang menghubunginya.

Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Kredit: Portal TabloidBintang.Com, Instagram riaricis1795 & Instagram Oki Setiana Dewi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gembira Adik Bahagia, Ustazah Oki Menangis Ria Ricis Dah Jarang Kongsi Cerita

Facebook

Telegram