Viral

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Sharing is caring!

Pastinya tragedi  hitam membabitkan adik Nurin Jazlin Jazimin ketika usianya 8 tahun masih kekal dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia. Meskipun si pelaku masih belum dikesan sekali gus menyebabkan insiden ini gagal dirungkai sepenuhnya, namun ia tetap tidak memudarkan semangat ibu bapanya dalam mencari keadilan buat kanak-kanak itu.

BACA : Cemas Bayi Ditinggal Di Kereta, Ibu Beri Alasan Konon Tak Boleh Dibawa Masuk


Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Jasad ditemui dalam sebuah beg & rektum pecah disumbat timun serta terung..

Menyerot kronologi, ia bermula dengan penemuan jasad seorang kanak-kanak perempuan tanpa seurat benang di dalam sebuah beg sukan oleh pemilik premis di Petaling Jaya pada 17 September 2007 lalu. Lebih meruntun jiwa apabila hasil siatan mendapati ada timun dan terung disumbat hingga menyebabkan rektumnya rosak. Lebih malang lagi, apabila orang tuanya gagal mengecam jasad terbabit disebabkan perubahan ketara pada ciri fizikal. Bagaimanapun, hasil ujian DNA akhirnya mengesahkan bahawa si kecil berkenaan adalah anak kandung mereka.

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

11 September, lahirlah Nurin Jazlin ke dunia. Tapi dipinjam cuma sementara..

Sedar tak sedar, sudah 13 tahun pemergian tragis membabitkan adik Nurin itu. Malah seandai usianya masih panjang, semalam telah genap umurnya 21 tahun. Menerusi coretan di Facebook, bapanya menzahirkan rasa syukur di atas pinjaman tidak ternilai itu walau cuma seketika sebelum kanak-kanak berkenaan pergi buat selama-lamanya. Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa foto ketika menziarahi pusara puteri kedua mereka.


Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Genap Usia 21 Tahun, Bapa Ziarah Pusara Nurin Jazlin – “Dipinjam Cuma Seketika”

Sumber : Twitter, Facebook Jazimin AO


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!