Hiburan Family

Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

Sharing is caring!

Pada 21 Ogos 2006, termeterainya ikatan perkahwinan antara Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Hari ini,  sudah 14 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata. Namun begitu, sambutan kali ini pastinya berbeza berbanding tahun sebelum kerana mereka menerima surprise daripada si cilik, Siti Aafiyah.

BACA: Sambil Turun Lif Pun Sempat Menyanyi, Rumah Mewah TokTi Pula Jadi Perhatian


Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah & ibu…Alhamdulillah 14 tahun yang indah

Menerusi akaun Instagram, penyanyi lagu ‘Aku Cinta Padamu’ ini telah memuat naik sebuah video Aafiyah yang kelihatan gigih menghias cupcakes. Dalam masa sama, si cilik tersebut melakukan aktiviti itu sambil dibantu oleh pengasuhnya. Setelah berjaya menyiapkan dessert tersebut, kanak-kanak berusia 2 tahun itu tersenyum tatkala ibu dan ayahnya mengucapkan ‘terima kasih’. Seolah-olah teruja dengan hasil tangannya, Aafiyah telah meminta Tokti dan Datuk K menjamah coklat yang diletakkan di atas kek tersebut.

Pandainya dia buat surprise…Kalau nak tempah cupcakes dekat Aafiyah boleh tak?

Secara keseluruhan, posting tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini. Rata-rata netizen turut memujinya kerana bijak membuat kejutan untuk Tokti dan Datuk K. Selain itu, mereka turut berseloroh dengan mengatakan ingin menempah cupcakes daripada si cilik tersebut.


Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu & Ayah, Telatah Aafiyah Curi PerhatianSumber: Instagram ctdk


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini