Gigih Plan Iftar Bersama, Akhirnya Makan Sendirian Sebab Member Lambat Sampai!

Aktiviti berbuka puasa di luar bersama keluarga mahupun rakan taulan memang seronok. Tapi, ada sesetengah individu yang suka ‘bikin spoilt’ bila mana tidak hadir pada waktu yang tepat sehingga menjejaskan plan yang sudah dibuat. Demikianlah perkara yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila terpaksa berbuka sendiri gara-gara rakannya yang tidak sampai pada waktu yang sudah dijanjikan. Perkara itu dikongsikan oleh Alia Natasha menerusi Twitternya.

Baca : Lauk Buka Cuma Terung, Kentang, Daging Burger.. Tapi Harga Cecah Sampai Beratus

Gambar sekadar hiasan

Perangai tukar plan tanpa bagitau ni memang menyakitkan hati. Ni memang sedih. Aku pernah rasa benda tu.

Tengah buka puasa dengan kawan. Lepas tu nampak lelaki ni tengah tunggu kawan-kawan dia. Muka memang ketat sambil tengok telefon. Dah azan tapi kawan tak muncul.

Semua staf tengok dia. Makanan banyak tapi duduk sorang. Ada staf bagi dia kuih. Suruh makan dulu sambil tunggu kawan sampai.

Meja sebelah dia meriah. Ada yang tengah ambil gambar dan berbual-bual masa buka.

Kesian kat dia makan sorang…

Lepas 15 minit makan kurma, dia terus basuh tangan…

Ada staff mula tanya dia kalau dia nak apa-apa lagi. Dia senyum dan katanya dia okey je.

Dia mula makan udang dan lauk-lauk lain.

Staff pun dah tak approach dia…Aku pun dah tak pandang dia…

Lepas 30 minit waktu buka, sampailah 5 orang lelaki dengan baju segak terus duduk dekat meja lelaki tadi. Tau apa lelaki tu buat?

Selepas sekumpulan lelaki itu sampai, hanya seorang sahaja rakan yang pergi kepadanya. Rakan yang lain terus meluru ke meja makan.

Lelaki tu bangun tunjuk kat kaunter…Lepas tu dia blah je…

Dalam kedai semua perhatikan drama tadi…

Dah tau lambat, jangan selamba badak makan tanpa minta maaf…

Siapa tak sedih tunggu orang macam tunggul…

Jangan suka-suka ubah plan. Kau tak tahu betapa geramnya bila ada yang suka buat macam ni. Setiap perbuatan ada balasan.

Bila kau kena nanti, baru tahu rasa geram kena tinggal…

Sumber : Twitter Alia Natasha

Apa Komen Anda?