Viral

Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

Sharing is caring!

Semakin lapuk ditelan zaman. Seni warisan wayang kulit turun temurun kian dilupakan generasi masa kini. Umum tahu, wayang kulit merupakan satu pementasan bayang terhasil daripada patung yang diperbuat daripada belulang seperti kulit lembu, kerbau atau kambing. Malah ia merupakan khazanah seni budaya yang perlu kita pelihara.

BACA : [VIDEO] Raikan Member Kahwin, Kawan-kawan Siap Nyanyi Lagu & Buat Tarian Haka


Syok menggayakan watak Tok Dalang macam di pementasan wayang kulit

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ko2w telah berkongsi sebuah klip video memaparkan gelagat dua pemuda sedang menggayakan watak Tok Dalang tak tumpah seperti berada di pementasan seni wayang kulit. Video yang dikongsikan individu berkenaan telah menarik perhatian ramai hingga meraih lebih 400 ribu tontonan setakat ini.

Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

Tangan lincah kawal pergerakan ikut muzik..

Berdasarkan klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, apa yang menghiburkan adalah pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka agak berbeza. Di mana setiap pergerakan pemuda yang lengkap berkain pelikat serta kopiah itu dikawal oleh rakannya mengikut alunan muzik. Malah dia turut menggayakan aksi menjadi Tok Dalang menggunakan kreativiti mereka sendiri.


Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

Gempak habis, inilah wayang yang sebetul-betulnya..

Dikongsi sejak semalam, posting tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi serta komen daripada netizen. Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan gelagat dua pemuda itu. Tidak kurang juga yang memuji idea kreatif individu berkenaan.

Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real Gigih Sendal Tangan Guna Kayu, 2 Pemuda Viral Buat Show Wayang Kulit Versi Real

 

Sumber : Twitter ko2w


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!