Goo Hara Pernah Dedah Impian Kahwin Di Running Man, Ayat Kwang Soo Jadi Tumpuan

Belum reda lagi kesedihan gara-gara pemergian bintang K-Pop iaitu Sulli akibat kemurungan kira-kira 6 minggu lalu, kini salah seorang rakan baiknya iaitu Goo Hara pula dikhabarkan turut menerima takdir sama. Menurut laporan portal berita antarabangsa, selebriti berusia 28 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam kediamannya di kawasan Gangnam sekitar awal pagi Ahad. Walau bagaimanapun, siasatan mengenai insiden berkenaan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

BACA: Ibu Bapa Sampai Gaduh Besar, Mahu Rebutkan Aset Sulli Berjumlah RM18 Juta

Advertisement

Peminat mahu bekas teman lelaki Goo Hara dihukum?

Awal tahun ini, bekas ahli kumpulan Kara tersebut mendedahkan dirinya telah menerima gangguan mental dan fizikal daripada bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Choi Jongbum. Dia dikatakan telah menyerang gadis berkenaan ketika sedang tidur, namun sempat mempertahankan diri serta mencakar wajah lelaki terbabit. Jongbum bagaimanapun bertindak mengugut untuk menyebarkan video peribadi mereka akibat berang dengan kecederaan dialaminya. Ekoran insiden itu, peminat mendiang berharap agar lelaki itu menerima hukuman setimpal kerana mencetuskan konflik terhadap Goo Hara sekali gus berkemungkinan mendorongnya untuk tidak meneruskan lagi hidup.

Advertisement

Saya sudah tidak mahu kahwin..

Dalam pada itu, pengguna akaun laman Twitter yang bernama @nurarff_ turut berkongsi salah satu penampilan penyanyi tersebut dalam siri rancangan Running Man. Dalam episod ke-388, Yoo Jae Suk ada membaca semula ayat yang pernah diungkapkan oleh Hara suatu masa dahulu bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada usia 36 tahun. Namun apabila ditanya semula mengenai hajat tersebut, Goo Hara sebaliknya sudah tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga dengan sesiapa pun.

Advertisement

Jahatnya ‘lelaki’ itu..

Menariknya, jawapan itu turut mengundang respon spontan daripada Lee Kwang‑soo yang berpendapat bahawa ada lelaki pernah menyakiti Goo Hara dalam dunia percintaan. Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai itu segera menafikannya sambil berkata bahawa ia cuma imaginasi semata-mata. Kim Jong‑kook dan Yoo Jae Suk kemudiannya menyambung perbualan topik tersebut dengan nada berseloroh sehingga mengundang tawa semua selebriti yang terlibat.

Kwang Soo macam tahu semuanya…itulah ayat yang tepat untuk ex mendiang

Advertisement

Klip video yang berdurasi 1 minit 10 saat itu nampaknya mendapat perhatian ramai netizen dan telah ditonton lebih 38 ribu kali setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Lee Kwang‑soo seakan-akan tepat dengan perilaku lampau bekas teman lelaki mendiang bintang K-Pop tersebut.

Advertisement

Sumber: Twitter nurarff_ & Sinar Harian

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?