Hiburan

Gugup Sampai Lupa Lirik, Upiak Selamat Walaupun Markah Tercorot Dalam Minggu 5

Gugup Sampai Lupa Lirik, Upiak Selamat Walaupun Markah Tercorot Dalam Minggu 5

Walaupun banjir teruk berlaku di beberapa buah kawasan akibat hujan lebat sejak 3 hari lepas, konsert mega ‘GV8’ minggu ke-5 tetap dilangsungkan malam tadi. Bukan itu sahaja, pelakon Elly Mazlein telah muncul sebagai pengacara menggantikan Jihan Muse yang terkesan dengan bencana alam di kawasan perumahannya.


BACA: Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk GV8, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Saya baru dengar lagu ini dalam seminggu…Ragu-ragu & takut salah, tu yang jadi tersilap

Berdasarkan keputusan, Nikki Palikat sekali lagi meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 78.50% manakala penyanyi dari Indonesia Upiak Isil pula pada kedudukan terakhir dengan pungutan mata 57%. Memetik laporan mStar, peserta yang membawa lagu ‘Pengemis Muda’ nyanyian Datuk Sheila Majid ini akui terlalu gemuruh dan memikirkan komen netizen sehingga tersilap lirik.


Gugup Sampai Lupa Lirik, Upiak Selamat Walaupun Markah Tercorot Dalam Minggu 5

@eqasimgift

gegar vaganza 8 minggu 5 upiak isil pengemis muda.#fyp #fypシ #viral2021 #gegarvaganza2021 #GV8 #kasimchannel #upiakisilgv8

♬ original sound – Kasim channel – Kasim channel

 

Tiada alasan untuk takut-takut lagi…Saya rasa Upiak bernasib baik kerana masih di sini minggu ini

Dato’ Ramli M.S berterus terang bahawa notasi rendah dinyanyikan oleh Upiak kurang elok di samping menyedari kesilapan dalam nyanyiannya. Manakala Datuk Syafinaz pula menegur peserta wanita berkenaan masih kelihatan takut-takut semasa persembahannya walaupun sudah berada di minggu ke-5.


Walaupun berada pada kedudukan tercorot, tiada penyingkiran minggu ini…Next week duet dengan Usop

Walaupun kedudukan penyanyi lagu ‘Tak Tun Tuang’ ini agak membimbangkan, Upiak bernasib baik kerana tiada penyingkiran peserta diumumkan malam tadi. Pada hujung sesi ‘Ada Lagu Ada Lagi’, penyanyi berkenaan ditugaskan berduet dengan Usop untuk mendendangkan lagu ‘Sembunyi’ nyanyian Misha Omar bagi persembahan seterusnya.

Kredit: Portall mStar, TikTok eqasimgift, YouTube Adiv Godiva, Instagram upiak_isil_official & Instagram Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gugup Sampai Lupa Lirik, Upiak Selamat Walaupun Markah Tercorot Dalam Minggu 5

Facebook

Telegram