Setiap individu mahu peroleh kesihatan serta berat badan ideal, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, ramai luah risau apabila gagal menurunkan berat badan walaupun telah mencuba segala tips kesihatan apabila terlalu lama duduk di rumah sepanjang tempoh musim PKP. Namun berbeza pula kisah seorang lelaki ini apabila berjaya memanfaatkan tempoh sebulan pertama dengan memperoleh hasil yang cukup menakjubkan.
BACA: 60 Hari Amalkan Dah Nampak Hasil, Wanita Kongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh
Berat naik dari zaman sekolah sampai kahwin…tak sangka boleh turun
Melalui posting di Facebook, Harith Faisal telah berkongsi kejayaanya kerana dapat turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam tempoh 30 hari pertama PKP. Akui pernah diejek serta mendapat gelaran buruk sewaktu di bangku sekolah lagi, Harith sendiri terkejut apabila usahanya untuk mengurangkan berat telah berhasil.
Niat nak cuba saja…tapi hari-hari tips menjadi
Walaupun hanya memasang niat untuk sekadar mencuba saja, siapa sangka dia dapat mengekalkan jadual kesihatann tersebut sehingga dapat mengurangkan 350g setiap hari. Tips yang digunakan juga cukup mudah seperti konsisten jaga pemakanan harian dan melakukan beberapa rutin senaman di rumah.
Hari biasa pun boleh diet…kalau puasa lagi mudah
Memandangkan tips berikut sangat efektif, Harith turut menggunakan cara sama pada bulan puasa. Mengambil kesempatan bazar dan kedai makanan tak dibenarkan beroperasi sewenang-wenangnya, ia adalah peluang terbaik untuk meraih keputusan yang lebih membanggakan.
Sumber: Facebook Harith Faisal
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura