Family Inspirasi Viral

Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

Sharing is caring!

Pada 2 November yang lalu, kisah seorang guru bernama Mohd Izzudin Zainal yang menghidap kanser limfoma telah menjadi viral apabila dirinya tetap gigih mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat meskipun sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan. Tempahan tersebut diambil bagi menampung kos perubatannya yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, isterinya iaitu Suzana telah mengesahkan bahawa guru berkenaan sudah kembali ke rahmatullah pada semalam.

Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

BACA: Anugerah Terindah Guru- Dulu Tak Mampu Pegang Pensel, Tapi Kini Boleh Menaip

Tetap cekal mencari rezeki walaupun terlantar 

Sebelum ini, kisah mengenai ketabahan hidup guru berkenaan mula tular selepas dimuat naik oleh salah seorang rakannya. Meskipun sudah tidak mampu bergerak ke sana sini kerana bergantung kepada mesin oksigen, namun dia tetap gigih mencari ruang untuk mengambil tempahan menulis tulisan khat pada tag nama. Menerusi laporan Harian Metro pula, lelaki tersebut telah disahkan pergi kerana jangkitan paru-paru.


Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan”

Apa yang lebih menghibakan adalah guru tersebut sempat menyiapkan beberapa tempahan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham yang berusia 33 tahun telah tinggalkan dua orang anak lelaki yang berumur lima serta tiga tahun. Isterinya turut meminta maaf dan memberitahu bakal memulangkan kembali wang pelanggan yang sudah membuat bayaran bagi tempahan tag nama tersebut. 


Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

Sumber: Harian Metro 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!