Guru Ini Tabah ‘Layan’ Cakap Orang Kampung – “Tak Hina Pun Suami Pemandu Lori”

Seperti yang diketahui ramai, perkahwinan adalah antara ibadah yang dituntut dalam Islam sebagai sebuah ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Pun begitu. antara yang menjadi kerisauan ramai adalah apabila ada sesetengah keluarga yang meletakkan jumlah hantaran yang agak tinggi gara-gara taraf pendidikan yang dimiliki oleh anak dara masing-masing. Itu belum lagi jikalau calon pengantin lelaki hanya memiliki kerja yang dilabel ‘biasa-biasa’ sahaja.

BACA: “Dah La Kerja Kilang, Boleh Ke Hidup?” – Tak Melatah, Malah Rezeki Makin Luas

Anak pandai…kahwinkan dengan pemandu lori?

Hakikatnya budaya sebegini hanya tercipta daripada mindset masyarakat kita sahaja. Menerusi perkongsian menarik di laman Twitter baru-baru ini, seorang guru wanita yang dikenali sebagai Zuraiha binti Zaini mendedahkan bahawa dia kini bahagia dapat membina mahligai rumah tangga bersama suami tercinta yang mencari rezeki selaku pemandu lori. Gara-gara itu, ibu bapanya juga pernah dihina orang kampung kerana dikatakan tidak setaraf.

“Makcik…kita ni belum tentu mulia di sisi Tuhan”

Ketika dihubungi oleh pihak Erin Sakura, wanita yang berusia 27 tahun ini memberitahu bahawa dia telah berkenalan dengan suami, Mohd Hafis sejak di bangku persekolahan lagi. Walaupun bermacam tohmahan dilemparkan oleh orang kampung, namun keluarga Zuraiha hanya tutup telinga dan hanya fokus terhadap urusan serta kerjaya masing-masing.

Kami sebenarnya berkenalan sejak daripada Tingkatan 4 lagi sewaktu menuntut di SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan. Tapi kami hanya berhubung semula lepas 2 tahun lost contact sebab masa itu saya sambung belajar. Waktu bertunang pada 20 Januari lepas, ayah saya cuma minta hantaran yang semampu sahaja daripada pihak lelaki. Dan Alhamdulillah kami telah selamat diijabkabulkan pada 17 Ogos. Jumlah mas kahwin adalah RM300 berserta gelang emas cuma bawah RM800. 

View this post on Instagram

17.8.19 Akad Nikah

A post shared by اوركيد ازورا 🌸 (@orkid_azura) on

Suami SPM…saya Degree + Master dan bakal PhD

Walaupun jurang status pendidikan dan kerjaya mereka agak besar, namun Zuraiha akui lebih tertarik dengan keperibadian menarik yang dimiliki suaminya. Di samping itu, dia turut berharap agar berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke tahap doktor falsafah pula seterusnya membanggakan lagi keluarga yang menjadi pendorong utamanya selama ini. Keseluruhannya, status yang dimuat naik pada Jumaat lalu telah meraih lebih 16 ribu retweets setakat ini selain mendapat banyak reaksi positif daripada netizen.

Suami saya ada kelulusan SPM dan sedang bekerja sebagai pemandu lori tangki minyak bagi sebuah syarikat terkemuka. Manakala saya pula lepasan UPSI dalam bidang Pendidikan Seni. Buat masa ini saya sedang berkhidmat sebagai guru, tapi Insha-Allah mahu cari peluang untuk belajar sampai ke peringkat PhD seterusnya mahu bergelar sebagai seorang pensyarah.

Sumber: Twitter & IG orkid_azura

Apa Komen Anda?