Habis Duit Sampai Nak Minta Zakat, Reza Hasbi Akui Tiada Niat Meraih Simpati!

Beberapa hari lalu, nama pelakon Reza Hasbi seakan mendapat tumpuan tatkala dia membuat luahan sedih tentang karier lakonannya yang berada di hujung tanduk. Menurut pelakon tersebut, sudah hampir 2 bulan dia tidak mendapat tawaran berlakon sekaligus menyempitkan sumber pendapatan utamanya. Lebih teruk lagi, dia pernah menjelaskan seakan mahu meminta zakat dek kerana ketiadaan wang. Namun begitu, niatnya mendedahkan hal tersebut bukanlah untuk meraih simpati.

Baca : 2 Bulan Tiada Job Berlakon, Reza Hasbi Tebalkan Muka Hidup Atas Ihsan Ibu Ayah!

Reza sempat mendakwa bahawa netizen gemar menilai tanpa memahami terlebih dahulu apakah yang betul-betul terjadi.

Saya sekadar berkongsi isu ini…

Namun setelah berita tentang kesempitan hidupnya mula tersebar, ramai juga pihak yang tampil membantu termasuklah pihak produksi tertentu.

Ada yang gelar saya sampah dan suruh saya cari kerja

Di sebalik kisah ini, mungkin ramai yang mengganggap Reza tidak berbuat apa-apa. Namun rupanya, segala wangnya yang habis itu telah dilaburkan pada tanah homestay

Saya fikir akan terus dapat job…Jadi duit tu boleh tampung kehidupan…

Dia juga membuat kerja-kerja kampung bagi menampung keluarganya dan di Instagram, Reza Hasbi sempat meluahkan kesal tatkala beritanya mendapat kritikan hebat netizen.

Jangan sebab aku nak minta zakat, korang maki-hamun aku

Saya bersyukur ada keluarga yang masih membantu…

Sumber : Portal MHE TV dan Instagram Reza Hasbi

Apa Komen Anda?