Viral

Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian

Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian

Sharing is caring!

Persekolahan adalah sesuatu rutin yang sangat menyeronokkan namun adakalanya rasa malas hendak ke sekolah tiba-tiba menerjah. Kadang-kadang, apa yang membuatkan pelajar suka untuk ke sekolah adalah kerana dapat bertemu sahabat handai dan menghabiskan masa bersama-sama. Baru-baru ini, beberapa orang murid sebuah sekolah ini tular apabila tidak pernah ponteng sekolah sehingga dihadiahkan habuan yang agak lumayan. 

BACA: Budaya Konvo Peringkat Tadika dan Sekolah Rendah Tambah Beban Ibu Bapa

Ganjaran sempena Program Ponteng Sifar (Profonsif) 2019


Perkongsian yang mengejutkan ini dikongsi di laman Instagram milik Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Selangor. Pihak sekolah tersebut bertindak memberi ganjaran kepada para pelajarnya yang mempunyai rekod kehadiran yang baik. Mereka ini dipilih secara cabutan bertuah dalam Program Ponteng Sifar (Profonsif) 2019.

Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian

Ada yang menang motor, dan percutian ke Langkawi

Pemenang tempat ketiga mendapat sebuah televisyen LED, tempat kedua pula meraih pakej percutian beserta tiket penerbangan ke Langkawi manakala tempat pertama pula menyaksikan pelajar berkenaan membawa pulang sebuah motosikal. Sumbangan bagi hadiah-hadiah berkenaan telah dijayakan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bersama para guru. 


Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian

Aku 3 tahun berturut kehadiran penuh, tu pun dapat piala je

Difahamkan, pelajar-pelajar lain yang turut berjaya mengekalkan rekod kehadiran cemerlang penuh menerima set peralatan sekolah.  Rata-rata netizen memuji usaha pihak PIBG dalam mewujudkan program sedemikian serta sanggup menyumbang dana bagi meraikan kumpulan pelajar tersebut. 

Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian  Habuan Tak Pernah Ponteng Sekolah, Murid Terima Hadiah Motor & Tiket Percutian

Sumber: Twitter Nura & Instagram Blast Channel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!