Hadir Dengar Ceramah Ebit Lew, Wanita Cina Sebak Masuk Islam Hadapan Satu Dewan

Kalau berbicara tentang seorang penceramah serta pendakwah bebas ini, pasti ramai yang sudah sinonim dengan kaedah dan pendekatan beliau yang lembut dan terbuka sewaktu berdakwah mengenai Islam. Ustaz Ebit Lew, nama yang sudah tidak asing lagi di media sosial. Baru-baru ini viral di laman Instagram, video seorang wanita berbangsa Cina yang sempat memeluk agama Islam di majlis yang dikendalikan beliau. 

BACA: [VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

Tasha menangis saat ucap syahadah

Pada awalnya, wanita berkenaan cuma menghadiri majlis yang dianjurkan kerana sangat meminati cara ustaz berdakwah tentang kasih sayang pada keluarga dan orang ramai. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Tasha itu bahkan datang awal ke majlis kerana ingin berada di barisan paling hadapan untuk mendengar ceramah yang diadakan. Namun, setelah itu terbuka hatinya untuk memeluk Islam serta merta setelah diajak oleh pendakwah tersebut dengan kerelaan dan tanpa paksaan.

View this post on Instagram

Sebak tadi wanita chinese cantik manis baik sangat orangnya memeluk Islam. Walau belum Islam dia hadir ceramah saya. Peminat saya dan ingin dengar ceramah dan berjumpa. Awal dia sampai sebab nak duduk depan. Ramai sangat orang tadi. Dia suka tengok saya dakwah dengan kasih sayang pada keluarga dan jalanan. Ramai hadir tadi di Masai. Baik sangat orang Masai . Masa ceramah saya pergi terus kepadanya dan ajak dia masuk Islam depan ramai orang. Sebak bila beliau dengan kerelaan beliau tanpa paksaan ingin mengucap syahadah. Semua orang menangis. Tasha menangis saat ucap syahadah. . Saya tengok wajah beliau begitu bahagia saat dapat mengucap. Semua pakcik makcik dan hadirin yang hadir menangis. Semua peluk dan ucap tahniah pada Tasha. Ya Allah hilang rasa penat dan letih hari ni. Ya Allah inilah saudariku yang baik. Jagakanlah beliau, bahagiakan dan permudahkan segala urusan Tasha. Kabulkan segala doa dan cita-citanya-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Yang lain turut menangis menyaksikan peristiwa itu

Wanita itu dilihat sangat sebak sewaktu menyebut dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ebit Lew. Pengislaman tersebut telah disaksikan oleh seluruh dewan dan hampir semua hadirin yang hadir turut menangis. Mereka mengerumuni serta mendakapnya tanda meraikan kedatangan saudara baru itu. 

First time tengok orang masuk Islam depan mata 

Detik-detik tersebut nyata telah mengundang rasa kagum netizen. Mereka turut bersyukur dan sempat mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada saudara baru berkenaan.

Sumber: Instagram Ebit Lew

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?