“Hadoi, Gelak Tak Boleh Stop”- Aksi Spontan Isteri Masuk Kereta Buat Izzue Cuak

Pelakon dan penyanyi, Izzue IsIam kerap memuat naik gambar dan video bersama isterinya, Awin Nurin di media sosial. Terdahulu, Izzue IsIam ada berkongsi gambar perkahwinan mereka di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan yang masuk tahun ke-7. Ucapan romantik Izzue buat Awin begitu menyentuh perasaan warga laman sosial tersebut. Kini, Izzue sekali lagi memuat naik video terbaharu ‘mengusik’ isteri yang juga pengurusnya mengundang tawa netizen.

baca: [VIDEO] Sweet! Hadi & Dayana Malu Bersentuh Walaupun Dah Bergelar Suami Isteri

Video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu mempamerkan Izzue sedang berseloroh dengan Awin yang sedang on call di luar kereta. Izzue kononnya mahu meninggaIkan Awin sendirian di tempat parking kereta dengan keadaan pintu yang berkunci tapi tingkap terbuka.

“How you do that?” Izzue IsIam

Di ruangan kapsyen, bekas ahli kumpulan Forteen itu tidak menyangka hasrat dirinya yang sekadar mahu bergurau tersebut telah mendapat reaksi yang sangat unpredictable oleh Awin. Dia terus bertindak untuk memanjat tingkap kereta tersebut selepas geram gara-gara ditinggalkan di luar! Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1 ribu komen dan 500 ribu jumlah tontotan. 

Hadoi sorry gelak tak boleh stop!

Menerusi paparan itu, Izzue terus kelihatan cemas melihatkan reaksi spontan yang dilakukan oleh isterinya itu. Dia juga meluahkan sudah serik untuk melakukan gurauan seperti itu lagi, malah turut menasihati para pengikutnya agar jangan sesekali meniru aksi yang berisiko tersebut. Rakan artis serta netizen turut tidak melepaskan peluang untuk membanjiri komen pada posting berkenaan. Rata-rata mereka memuji keberanian Awin walaupun dia merupakan seorang wanita. 

 

Sumber: IG Izzue IsIam

Apa Komen Anda?