Seperti diketahui umum, Nurul Shuhada Mat Shukri sudah memfailkan perpisahan pada 27 Februari lalu. Ia dibuat susulan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak keluarga. Sebelum itu, adiknya yang hanya dikenali sebagai Sofia mengesahkan Hafidz Roshdi telah melafazkan talak 1 menerusi panggilan telefon kepada Shuhada pada 22 Februari 2023.
BACA :Â Shu Dikecam Aibkan Suami, Wanita Bernasib Sama Bersuara Bagi Isteri Teraniaya
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Hafidz Roshdi dilihat tenang hadir ke mahkamah…bagi pengesahan lafaz talak
Pagi ini, pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu’ berkenaan dilihat tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi membuat pengesahan lafaz talak terhadap isterinya. Hafidz Roshdi yang memakai kemeja berwarna merah gelap, dilihat tenang berjalan ke perkarangan mahkamah sambil diiringi keluarganya.
“Alhamdulillah, saya akan kongsi nanti..”
Kalau betul caranya, Shu tiada masalah untuk berpoligami…tapi tak pernah dibawa jumpa pihak ke-3, so diorang memang tipulah
Sementara itu Nurul Shuhada, 29, tiba di mahkamah kira-kira jam 11 pagi dengan memakai jubah hitam. Ujar ibu kepada 2 anak ini, dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang isu terhadap poligami jika dilakukan dengan cara yang dianjurkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, Shuhada dedahkan dirinya langsung tidak pernah dibawa berjumpa dengan pihak ketiga. Ia sekali gus, memberi petanda bahawa mereka dalam diam telah menipunya selama ini.
Saya ikut jodoh macam mana, 50-50…Hafidz Roshdi nafikan sudah berkahwin kali kedua dengan Athira
Ketika ditemui media, Hafidz Roshdi hanya mampu berkata dirinya akur sahaja ketentuan Mahkamah berhubung jodohnya dengan Nurul Shuhada. Malah, dia sendiri tidak meletakkan sebarang harapan apabila diminta ulas mengenainya. Walau bagaimanapun, pelakon ini menafikan dirinya sudah berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Athira Yuhada.
@kosmoonline “50-50”. Hafidz Roshdi menafikan dakwaan dia sudah berkahwin kali kedua seperti yang didakwa isteirnya sebelum ini. Video oleh NUR EMIRA SAIZALI
Kredit : IG Melodi & TikTok kosmoonline
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura