Hafiz Pulun Nyanyi Atas Pentas, Tapi Kelibat Wajah Cantik Isteri Curi Perhatian

Lagu nyanyian Hafiz Suip, ‘Kisah Cinta Kita’ yang ditulis oleh Datuk A.Aida terus berkumandang di corong-corong radio serta menjadi pilihan sebagai OST bagi drama ‘Dia Menantu Rahsia’. Lagu yang semakin mendapat perhatian itu akhirnya dipilih untuk tercalon dalam semi final Muzik-Muzik yang ke 34 yang berlangsung Jumaat lalu. Di sebalik persembahan yang dilakukan pada malam tersebut, rupa-rupanya terselit satu detik indah telah dirakam oleh cameraman dan seterusnya tular di laman Twitter.

BACA: Saya Mimpi Bersama Dia Di Kaabah- Dayana Dedah Detik Terbuka Hati Kahwin Muda

Kamera fokus kepada isteri penyanyi itu

Advertisement

Detik tersebut memaparkan keindahan serta kecantikan isteri kepada penyanyi berkenaan, Nureffy Jasril. Wanita itu hadir memberi sokongan kepada si suami serta turut dilihat mengikuti setiap bait lagu romantis berkenaan. Juara AF Musim ke-7 itu pula dilihat seolah-olah menyampaikan lirik tersebut seperti sedang berbicara bersama si isteri.Β 

Advertisement

Patutnye dia guna je isteri dia untuk prop kalau masuk AJL nanti

Video tersebut telah mendapat lebih 343,000 jumlah tontonan beserta 24,000 retweet. Rata-rata netizen mengakui kecantikan yang dimiliki oleh isteri kepada penyanyi berkenaan. Mereka turut sempat berseloroh seolah makan hati melihat couple tersebut yang kelihatan sangat mesra berdua.Β 

Advertisement

Muzik video tampilkan kedua isteri dan anak

Lagu tersebut sebelum ini pernah tular selepas muzik videonya dikeluarkan di laman Youtube. Penyanyi tersebut telah bertindak memilih kedua isteri serta anaknya yang berusia setahun lebih untuk membintangi video berkenaan. Keputusan yang diambil bagaimanapun membuahkan hasil apabila netizen suka melihat chemistry pada kedua suami isteri berkenaan yang disifatkan sangat serasi dan romantis.Β 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter I am Jay Rahman dan Youtube Nova Music Videos

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?