Antarabangsa Viral

Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Sharing is caring!

Variety show Korea Selatan berjudul ‘Running Man‘ terus menjadi fenomena sejak ditayangkan pada 2010 tahun lalu.  Namun sekitar 2016, salah seorang ahlinya iaitu Kang Gary telah berhenti daripada menyertai penggambaran sekali gus menggoyahkan rating mereka. Sehingga kini, ramai penonton yang merungut kerana permainan yang dilakukan oleh mereka didakwa semakin bosan. Tapi siapa sangka, rupanya ada satu realiti extreme yang tersimpan di sebalik rancangan menghiburkan ini.

Baca : Rancangan Running Man Semakin Hambar, Dai Wan Pun Akui Rindu Episod Kang Gary


Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Hargailah kerja keras mereka…Kalau rasa bosan, tak payah tengok

Menerusi sebuah video temu bual bersama salah seorang ahli rancangan popular ini iaitu Ha Dong-hoon atau nama popularnya Haha sebelum ini, dia telah mendedahkan rupanya ahli ‘Running Man‘ menerima impak masalah kesihatan sepanjang pembikinan tayangan.

Siapa yang asyik merungut Running Man bosan? Kenapa takde game cabut name tag? Kenapa asyik game duduk dan berbual? Tengok ni. Semua ahli Running Man merana semata-mata nak buat kita ketawa. Hargailah kerja keras mereka. Kalau dah bosan, tak payah tengok. Berhenti merungut.


Setiap ahli ‘Running Man‘ hadapai masalah tulang belakang

Haha berkata lagi, setiap seorang dari ahli ‘Running Man‘ menderita masalah tulang belakang. Pada awalnya, hanya Kim Jong-kook yang mengalami kemelut kesihatan tersebut. Kemudian, ia diikuti pula oleh Yoo Jae-suk. Meskipun begitu, mereka terpaksa meneruskan penggambaran sehingga tamat mengikut jadual yang sudah ditetapkan. Bukan itu sahaja, Lee Kwang-soo juga pernah menghadapi kecederaan sama sehingga terpaksa dikendong oleh pengurusnya ke pusat kesihatan.

Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Penggambaran memang seronok tapi inilah yang kami hadapi

Dalam erti kata lain, mereka semua menghadapi masalah kesihatan akibat kesibukan tersebut sehingga terpaksa melalui beberapa operation. Meskipun begitu, semuanya tidak dapat berehat dengan cukup dan rapi kerana perlu melunaskan kerja-kerja penggambaran ‘Running Man‘.


Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Sumber : Twitter Shinisland dan Portal Wanista.Com

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!