Hati-Hati Membicarakan Rumah Tangga Orang, Ujian Mereka Untuk Kita Muhasabah

Sejak akhir-akhir ini, segenap ruangan media sosial kecoh tentang kontroversi rumah tangga yang melanda seorang figura terkenal. Meskipun telah menjadi topik perbincangan rata-rata netizen sejak minggu lalu, namun ia menjadi semakin rancak apabila masing-masing saling berbalas kenyataan. Ia turut menyebabkan sesetengah golongan masyarakat untuk membuat ayat sindiran ekoran terikut-ikut topik panas berkenaan.

BACA: Jangan Lebih Sudu Dari Kuah, Adik-Beradik Tiada Hak Campur Hal Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan

Buka FB penuh troll.. “18, 19, aura tu masyaAllah”

Advertisement

Trend itu bagaimanapun telah merisaukan hati wanita yang dikenali sebagai Intan Dzulkefli ini. Menerusi posting terbarunya di Facebook, wanita ini mengulas tentang perkara yang menahan hatinya daripada turut sama ‘membahan’ pihak yang dimaksudkan olehnya.

Dia buat silap…bukan selayaknya kita jadi hakim

Advertisement

Jelasnya, setiap kisah yang baik atau buruk diperdengarkan kepada kita semua adalah bertujuan sebagai pengajaran sahaja dan bukanlah ruang untuk menghukum seseorang atas kesalahannya. Malah kita juga boleh membayangkan perasaan mereka sekiranya situasi yang sama terjadi pada diri sendiri pula.

Siapa yang tak geram? Tapi sikit-sikit mengusik cukuplah

Advertisement

Meskipun diakui kisah sedemikian turut membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap individu berkenaan, tapi dia turut mempersoalkan adakah sikap tersebut mampu menambahkan tahap taqwa kepada Yang Maha Esa. Hakikatnya, setiap orang tidak perlu berlebih-lebihan membangkitkan kesalahan orang lain dan lebihkan muhasabah sahaja. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Intan Dzulkefli

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?