Bermula dari ‘Instafamous’ kini nama Norreen sudah sebaris pelakon terkenal selain semakin mendapat tempat selepas muncul dalam drama ‘Bisik-Bisik Gelora’. Watak-watak garang sebagai rakan atau kakak kepada pelakon utama begitu dekat dengan hati para peminat. Tak kurang juga, aksi artis baru ini sekeluarga juga sering menjadi perhatian di TikTok.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Habis je live ni, kau sabar aku jadi singa kejap
Terbaru semalam, pelakon berkenaan dilihat sakan berinteraksi bersama para peminatnya di TikTok sambil turut ditemani kedua-dua anaknya. Walau bagaimanapun, wanita itu mula membebel apabila melihat biliknya mulai bersepah dek kerana dua cahaya matanya itu.
Kau ingat ni raya ke? Mana aku punya hanger
Walau bagaimanapun, masing-masing mulai tidak mendengar kata malah mula menjerit sehingga timbulkan kemarahan si ibu. Tanpa membuang masa, Norreen terus ligat mencari sebatang hanger untuk takut-takutkan si kecil tersebut selain jadi pengajaran. Namun wanita itu tergelak pula apabila anak perempuannya malah dengan selamba mengadu kepada penonton dalam rakaman live berkenaan.
@aswaerdawany
Live malam tadi memang tak boleh tahan gelak
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kelakuan mereka anak-beranak. Dalam pada itu, ramai yang mengakui tidak menyangka tontonan live semalam akan bertukar sesi cukup kelakar dan spontan sekelip mata sahaja.
Kredit: TikTok
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
