Hajat Beli Online Tak Kesampaian, Emas Hilang Dirembat Staf Syarikat Pos!

Online shopping menerusi media sosial bagai sudah menjadi trend pilihan rata-rata pengguna pada masa kini kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga. Namun begitu, agak mengecewakan apabila barangan yang ditunggu-tunggu tiba-tiba hilang. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang ibu bernama Wany ini, dia sangat berang apabila emas yang dilanggan lesap dan dipercayai telah dicuri oleh staf syarikat perkhidmatan itu.

BACA: Curi Duit Pelakon Indonesia Masa Jumpa Di Kelab Malam, Aliff Aziz Dikecam!

Lebih menyayat hati, dia juga telah berhempas-pulas bekerja untuk mendapatkan emas tersebut yang bertujuan untuk kegunaan anaknya di masa akan datang.

Macam tu je dia kopak…aku tak halal kan

Dia mula melanggan emas sebagai cara untuk menyimpan wang kerana dapat mengawal sifat boros setiap kali nampak wang ringgit.

Sepatutnya barang macam ni…tapi gold dah lesap

Menyedari proses pembelian itu adalah atas risiko sendiri, namun Wany sangat kecewa dengan ketelusan yang dipamerkan oleh para petugas yang mengendalikan parcel seperti ini. Malah, ada juga netizen yang berkongsi info tentang sifat petugas yang mengendalikan proses tersebut.

Seller tak tulis emas pun…tapi dapat yang tak amanah macam tu la

Diorang dah kenal sangat barang parcel tengok betuk & berat je..

Sumber: Twitter waanyrozaimi

Apa Komen Anda?