Hala Iron Wap Cuma 1 Saat Saja, Tertuduh Minta Maaf Kepada Keluarga Zulfarhan

Walaupun hampir 2 tahun peristiwa hitam itu telah berlalu, namun perbicaraan masih berjalan sehingga ke hari ini. Ramai tak dapat bayangkan keadaan Pegawai Kadet Laut (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain saat menanggung perit apabila ditekap menggunakan seterika wap hingga ajal. Insiden tersebut bagaimanapun telah dibongkar satu persatu tatkala berlangsungnya perbicaraan bersama suspek yang terlibat. 

BACA: Keputusan Perbicaraan Zulfarhan Osman Bakal Diumumkan Hujung Bulan Ini

18 suspek diperintah bela diri

Meskipun dikatakan bermula hanya daripada isu kecurian, namun malangnya kejadian ini telah disifatkan sebagai jenayah berprofil tinggi. Malah ada di antara pelaku terdiri daripada rakan Allahyarham yang sama-sama menimba ilmu di UPNM. Namun begitu, keputusan mahkamah pada 31 Julai lalu sedikit sebanyak memberi sinar keadilan kepada keluarga Allahyarham apabila kesemua 18 suspek diperintahkan untuk membela diri. 

Meminta maaf mewakili semua yang terlibat

Dalam perbicaraan yang baru berlangsung baru-baru ini, tertuduh kedua iaitu Muhammad Azamuddin Md Sofi telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Zulfarhan. Menerusi laporan Sinar Harian, ibu Allahyarham dilihat sempat menitiskan air mata apabila pelaku mendedahkan Zulfarhan sempat memberitahu bahawa dia rindu kedua ibu bapanya dan ingin meminta maaf. 

Sanggup halakan seterika wap selama sesaat sahaja

Pengakuan maaf tersebut dilakukan apabila tertuduh disoal oleh peguamnya, Amer Hamzah Arshad sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan ataupun tidak. Menurutnya lagi, dia bersahabat baik dengan Zulfarhan walaupun menuntut jurusan yang berbeza, Oleh itu, dia hanya sanggup menghalakan seterika wap itu di bahu serta peha pemuda itu selama sesaat dan tidak menyentuh kulit hanya sebagai pengajaran saja. 

 

Sumber: Sinar Harian 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?