“Halalkan Makan Minum Ayah”-Anak Pitt Hanif Naik Pentas Bikin Sebak Rakan Artis

Majlis gilang-gemilang buat penggiat seni tanah air, Anugerah Skrin 2019 telah pun berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Malam tersebut telah menyaksikan ‘One Two Jaga’ merangkul Anugerah Filem Terbaik dan ‘Di Sisi’ sebagai Drama Terbaik. Di sebalik kemeriahan penganugerahan itu, terselit babak sedih apabila Allahyarham Pitt Hanif muncul sebagai pemenang bagi Lakon Layar Terbaik.

BACA: Pitt Tak Pernah Tinggikan Suara- Lepas 5 Hari, Fauziah Nawi Reda Anak Pergi

‘One Two Jaga’ sapu 4 kategori

Menerusi filem ‘One Two Jaga’, empat anugerah telah berjaya dibawa pulang termasuklah bagi kategori Lakon Layar Terbaik yang dimenangi oleh Pitt Haniff, Namron serta Mohd Syafiq. Suasana majlis berprestij bertukar sebak apabila melihat dua anak gadis pengarah itu naik ke pentas untuk mengambil trofi bagi pihak Allahyarham.

“Halalkan makan, minum serta perbuatan ayah”

Walaupun sudah kehilangan ayah tercinta, namun keduanya kelihatan sangat tabah serta masih mampu tersenyum bangga melihat kejayaannya. Anak sulung Allahyarham juga sempat meminta semua menghalalkan makan minum dan perbuatan ayahnya. Dia turut tinggalkan pesanan daripada pengarah itu yang berbunyi, “ayah pesan, selalu jalan dengan tegak”. Rakan-rakan artis dilihat mengalirkan air mata saat kedua-dua mereka turun dari pentas. 

Doa kami adalah sebenar-benar anugerah buatmu

Menjengah ke laman Twitter Azhan Rani yang juga rakan baik kepada Allahyarham, dia sempat memuji kedua-dua anak gadis itu yang kelihatan sangat tabah dan kuat. Pelakon hebat tersebut turut mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu dan mendoakan yang terbaik. 

Sumber: Facebook Berita Harian, Twitter Azhan Rani dan Dhia Firds

 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?