Viral

“Hamil Syaitan”-Tak Haid Mual 2 Bulan, Gadis Disuruh Mengaku Pregnant Padahal..

“Hamil Syaitan”-Tak Haid Mual 2 Bulan, Gadis Disuruh Mengaku Pregnant Padahal..

Tidak pernah berkahwin apalagi tidur bersama dengan mana-mana lelaki, namun badan pula menunjukkan simptom-simptom kehamilan. Walaupun sukar dipercayai, sebenarnya sudah ramai wanita yang berhadapan situasi sama. Sampaikan satu masa, diri sendiri menjadi bingung dan resah tambahan pula jika ahli keluarga mula beranggapan buruk. Kejadian sama turut menimpa seorang gadis cantik dari negara seberang, Indonesia ini.


BACA : [VIDEO] Kecewa Ditinggalkan Girlfriend Sampai Mual, Jejaka Ditenangkan Member

Tak datang haid dan mual-mual 2 bulan

Mendapat jumlah tontonan lebih 3.3 juta kali di TikTok, kisahnya yang dikatakan hamil itu telah membuka mata ramai. Kata pengguna akaun @delineantoinette  berkenaan, dia tidak datang bulan dan mengalami gejala mual-mual selama 2 bulan berturut-turut. Pernah terfikir dirinya mungkin sedang mengandung, namun dia sendiri tidak pernah membuat sebarang ‘hubungan’ dengan mana-mana lelaki. Lebih teruk lagi apabila dia mula pengsan di dalam bilik mandi sebelum dikejarkan ke pusat rawatan.


@delineantoinette

hampir di kubur hidup2 #fypシ #fyp #notviral

♬ I am at ur moms house – Elizabeth Chetwynd

Bukan hamil…Sebenarnya masalah gangguan saluran kencing

Tidak ketinggalan, perasaan overthingking pula mula menguasai diri sehingga dia membayangkan keadaan di dalam sebuah filem seram. Selepas doktor menjalankan ujian air kencing, ibunya menjadi resah kerana merasakan ada ‘udang di sebalik batu’ apabila melihat keadaan anaknya sendiri. Tetapi akhirnya, siapa sangka gadis itu rupanya mengalami masalah saluran kencing akibat gangguan pola makanan daripada diet yang diamalkan sebelum ini.


Sumber : TikTok delineantoinette & portal indozone

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Hamil Syaitan”-Tak Haid Mual 2 Bulan, Gadis Disuruh Mengaku Pregnant Padahal..

Facebook

Telegram