Hampir 10 Tahun Kenal, Syazwan Zulkifly Bakal Tunang Syawalriah Merdeka Ini

Jarang kita dengar kisah berbaur cinta daripada pelakon yang cukup sinonim dengan watak antagonis ini. Terdahulu, pemilik nama Syazwan Zulkifly ini pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang personaliti TV. Namun, kini Syazwan telah berkongsi cerita bahagia terbaharunya kepada media yang dia bakal bertunang dengan wanita pilihannya hujung bulan ini. Syazwan juga mendedahkan keputusan itu dibuat kerana dia sudah mengenali wanita itu untuk tempoh yang lama.

BACA: Berlakon Je Pun – Gara-Gara Watak Pali, Syazwan Zulkifli Terima Ugutan

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak ‘Pali’ menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini, dia berhasrat mahu mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang bernama Syawalriah Zulkifli yang merupakan seorang pramugari 31 Ogos ini. 

Kredit foto mstar

Mengenali bakal tunang hampir 10 tahun 

Bertanyakan detik perkenalannya dengan bakal tunang, Syazwan memberitahu dia sudah mengenali teman wanitanya itu hampir 10 tahun yang mulanya hanya berkawan. Tambahnya, keserasian dan kesefahaman dengan wanita itu menjadi titik-tolak mendirikan pertunangan. 

Dia seorang yang memahami saya dan kerja saya. Kalau saya balik kerja jam 2 hingga 3 pagi pun saya tak perlu jelaskan

Risaukan ibu bapa

Syazwan juga berkata dia memikirkan ini adalah masa yang sesuai untuk bertunang kerana memikirkan ibu bapanya sudah tua. Sementara ibu bapanya masih sihat, dia mahu menyelesaikan urusan sebegini secepat mungkin. 

Tambahan pula, Syazwan yang ditemui semasa pratonton filem terbaharu, ‘Warkah’ di ECurve berkata dia sudah mengenali keluarga bakal tunang dalam tempoh yang agak lama dan dia sendiri pun sudah tua. Mengakhiri perbualannya bersama media, dia juga tidak menetapkan tempoh bertunang berapa lama kerana ia bergantung kepada kesesuaian masing-masing namun dia akan memberitahu media kelak jika ada plan untuk ke fasa seterusnya. 

Sumber: mstar

Apa Komen Anda?