Dalam melayari bahtera alam berumah tangga, menjadi perkara biasa kalau diuji dengan selisih faham atau pertelingkahan. Ada kalanya sudah bermacam usaha dilakukan untuk perbetulkan keadaan, namun sepertinya perpisahan adalah jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.
BACA:Â Kesal Anak Dilarikan, Bekas Isteri Badrul Muhayat Baru Nak Fail Hak Penjagaan
Berpisah tapi tak bermusuh…Kami tak pernah berbalah, baik macam kawan
Sebuah video dikongsikan oleh lieyaraffiee menerusi akaun TikTok tular selepas merakamkan saat anak-anaknya dikunjungi bekas suami. Menurut wanita tersebut, mereka sudah berpisah kira-kira 3 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, pasangan berkenaan difahamkan tidak pernah berbalah antara satu sama lain malah masih berkawan seperti biasa.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Seburuk mana pun keadaan, I tak pernah pisahkan anak-anak dengan daddy…Soal anak-anak tak pernah culas
Apa yang menarik perhatian warganet ialah Puan Lieya tidak pernah sekali pun melarang lelaki itu untuk berjumpa dengan anak-anak. Terbaharu, bekas suaminya tersebut dilihat sempat singgah ke rumah untuk melawat serta membelikan mereka alat permainan.
Tak terasa nak berbaik semula ke? Bagus sis, walaupun dah tak ada apa-apa tetap anggap macam adik abang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional pasangan ini dalam menjalankan tanggungjawabnya walaupun telah berpisah. Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan pemilik video ini serta bekas suaminya berbaik semula namun rupanya mereka sudah pun mempunyai pasangan hidup masing-masing.
Kredit: TikTok lieyaraffiee
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura